Lama sungguh tak update blog.Ya sungguh lama. :P Happy New Year 2013!! Daaaa....dah bulan 3 aka March! last entry pon July 2012 kot.apa boleh buat busy sangat lah katakan. Yang berfaedah di utamakan dahulu.kerja.study lagi.kerja nak kena assist customer lagi. Customer Service Executive la katakan. Hati tabah je boleh layan kerja tu..hari-hari boleh dikatakan dengar makian cust.tapi apa boleh buat.diorang bukan marah kita pon.Customer is always right! hehehe! STOP.
Officially resign on 8/3/2013. sekarang baget fulltime student UIA yang duk rumah jer. best giler! tapi badan tak boleh terima duduk bersenang-lenang dekat rumah ni. Rasa letih mengalahkan pergi kerja! saya suka kerja sebab saya suka duit! ahaha...sebab saya tak payah nak susahkan mak ayah.now da boleh berdikari and belanja mak ayah .bagi nafkah.cheewaahh...Alhamdulillah. ini semua rezeki ALLAH swt. atas izinNya , Dia bantu.
Sedang aku kelihatan begitu bersenang-lenang menantikan offer letter dari company baru idamanku..sudah seminggu aku menunggu dan teruskan menunggu. Mendapat ilham dari housemate yang bigitu bising leteran bunyian merdu ke telinga. Menyampaikan hasrat supaya aku merembat oven omak tercinto ku.maka aku akur dengan permintaan. telah ku bawakan. Dan ku belikan pula mixer magic dari kayangan. muehehe!
Tadaaa!!! Inilah hasilnya :
Muffin Gebu
sapa tak penah makan Pavlova? Boleh order ya! :P
Haa..berfaedah bukan? Selalunya apapun resipi baru akak aku mesti guide dulu. ni dah boleh kahwin tak? hahaha! boleh dah ni kalau nak makan time minum petang ke kan.Permulaan untuk 2013. InsyaAllah nanti cuba resipi yang lain. Dan semestinya banyak assignment yang perlu diselesaikan terlebih dahulu yunk!
Bosan tengok orang putus cinta, bosan tengok orang bergaduh sebab cinta..bosan tengok orang gedik dengan cinta, mengada, and lebih PARAH BOSAN tu lagi tengok orang dah mula berubah hati sebab cinta. Bukan kah cinta itu lebih membahagiakan?
" Engkau perempuan terakhir sekali yang aku pilih "
Maksudnya : Bila semua perempuan yang terbaik hadir dalam hidup dia, bertukar ganti. and bila sampai masa, semua perempuan perfect tu dah blaa..
" Engkaulah orang pertama yang menyesal sebab cakap macam tu kat aku dulu "
Seriously, sangat tawar hati dengan mana-mana lelaki.Bukan pon nak jadi lesbian. Rasa sepanjang hayat nak sorang-sorang:
" Dila.eh,kau ada boipren? Bukan kau forever alone ke? "
Soalan yang menyakitkan hati tapi melambak-lambak gelak! :D lalala~ Mungkin aku ni sekadar barang mainan menghiburkan orang lain ataupun patung hiasan. :)
Wooooaaa!! :P seronok sangat untuk malam Annual Dinner ni..sebab boleh meng "erat" kan lagi hubungan antara teman-teman sekerja . cehh! Tengok picture saja lah.. :)
ini Tini..member yang comel macam lolipop malam tuh! masih lagi single.muehehe!
sori tini..hihi :P
Mencari Jalan ke Mont Kiara yang bayak GOLD
Okey lew teww...tak sesat by mini cooper..hihi! :P
Sekian, Terima Kasih daun keladi,kalau rajin mai singgah lagi.. Saja sekadar mahu meng'abadi' kan kenangan di sini..hanya permulaan.. A part of my life.. Di mana pun kita, banyak, sedikit,besar atau kecil (tebi2 je ni ;p)
pendek kata, HARGAI APA YANG SEDIA ADA.. moga yang TERBAIK bakal menanti di hadapan .INSYAALLAH.Amin Ya Rabbal alamin :).
Ya Allah, sungguh indah nikmat sihat itu.."tak pandai aku bersyukur". macam tu lah lebih kurang lirik lagu tu..ape ntah.. sementara menunggu roomate masak kat dapur tu..update blog jap.. :P Bagi diorang masak pulak.sekali- sekala nak gak merasa dorang masak..aihh...lain lah pulak! :P Now..nak cerita pasal BATUK? haaa...dah agak melebihi 3 minggu aku batuk and tak sembuh sepenuhnya...Sampai lah tahap dah pegi jumpa Doc, die suruh buat X-RAY? ohh!! tak mungkin...sebabnya Doktor..saya tau punca nya apa..mari kita sekodeng ok?? :
cer teka aku buat ape?? :P
Mari sekodeng lagi...............
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
jeng!! jeng!!jeng !!
Wahaha! seronok sangat.inilah ubat batuk! :D
Lagi...
Hahaha! seronok kan..Batuk2 makan benda macam ni..so, perlu ke agak-agaknya saya buat X-RAY and jumpa Doktor lagi? hehhehe :P fikir-fikirlah Hadilah Hadzir . :P And for the last..but..
Jempot makan semua ! heee...seronoknya..ubat demam + batuk!
Hye semua.. Tentu korang semua salah seorang daripada peminat-peminat English Cotton kan? Lucky! :P So, dengan ini saya berbesar hati untuk mempromosikan pada anda semua Original English Cotton. NEW DESIGN ok.. :) Dah selalu sangat kan tengok orang pakai English Cotton POLKA DOT? tapi tetap sweet! :) apa kata try design baru..? JOM WUSHA APE YANG PATOT..hehe. :P
Ini adalah antara corak paling sweet ! :) coz ramai gak amek yang ni..so,korang berminat tak? sebab banyak lagi design and warna-warna yang menarik tau.. :) boleh wusha page ni jugak http://www.facebook.com/lovelyannur and boleh order.. :)
RM80 including postage !! :)
Guys, ini pon antara design yang diminati ramai :)
Amin…Amin..Amin..hopefully dapat face segala ‘setores’ dengan baik! Yeaaahhhh3x!.. Diikutkan dalam pengiraan congak sahaja, dah hampir 7bulan kerja dan ‘berdikari’ ni.. ;) homesick! Dah 23 pun homesick tak hilang (“teringat fe’el homesick time form1 dengan tiba-tiba’) **sengih sorang-sorang sat!** :P .
“weh..habis je kontrak kita dengan company ni..jum lah cari kerja baru.tension giler lah hari-hari macam ni..dapat je training bond.terus apply kerja lain ok? “
: erm..kononnya begitulah kata sepakat..katenye.. :P . now…dah nak sebulan lebih dah.. training bond punya wang pun dah tarak bayang maa..aiiyokkk!! <3 ( dah buat bayar yuran study..bagus bukan? Hihi )
“ sayang, kalau kita kahwin nanti, kita gi honeymoon jauh-jauh ok..kenduri kahwin tu kita buat biasa-biasa aje dah la…tapi kita gi jalan gempak-gempak sikit”
“tak nak, sayang nak buat besar-besaran..sayangkan anak bongsu..mestilah family nak buat yang best-best sikt..penutup kan..kau nak gi honeymoon mana?aiihhh…banyak duit kau? “
“alaa..kita kumpul sama-sama lah “
“taknak..kalau kau nak bawak aku honeymoon jauh-jauh kau punya duitlah..hahaha!”
“kalau macam tu..aku nak cari perempuan yang murah-murah je lah..rm500”
Dialog yang membuatkan aku tersengih-sengih kambing…sampai bila-bila aku tak kan lupa..haha..bertuahlah badan.. (aihh..lari topic sudah apa kau bah? ). Setiap hari,aku akan face makian orang dan menyelesaikan masalah orang..tapi,tak apa..aku suka..sebab? aku lupa masalah aku..dan aku tau, Allah dah aturkan segalanya…dan begitu begini sebabnya kenapa aku dipilih di situ dan di sini.. Alhamdulillah.. sekarang..cuba untuk Ikhlaskan diri dalam setiap perkara..tolong orang..dapat pahala bukan? Walau remeh, but…sesuatu yang kita tak nampak tu lah ada kebaikannya.
“ Penatnya..hari-hari macam ni..sampai bila? Mak..nak balik “ bila hati dah bermonolog sendiri..memang tak boleh nak buat apa.. J
“Sabar Hadilah” –malaikat-
“berhenti kerjalah,berhenti sekali belajar tu” –syaiton-
Walaupun seekor kucing,tapi kehilangan dia sangat lah memeritkan..ye, aku tau ALLAH SWT da tentukan segalanya..da aturkan setiap perjalanan..ye..QADHA n QADAR.. Bukan aku manusia yang hendak melawan takdir ALLAH SWT.tapi aku sendiri hambaNya yang terlalu lemah, memerlukan masa untuk cari ketenangan dan didik jiwa aku untuk mengerti apa yang terjadi..Aku sendiri tak mintak untuk benak di lubuk hati aku ni memberontak..Alhamdulillah , sekarang aku dah boleh terima. Cuma aku sedikit terkilan dengan sikap manusia yang tak berperasaan tu, lebih-lebih lagi buatkan air mata MAK aku mengalir..sekiranya kalian? apakah yang kalian lakukan? bukanlah wang ringgit sebagai gantian..tapi..aku? " BOLEH KAU PULANGKAN KUCING AKU BALIK TAK ?? " hahaha..tentunya tak masuk akal bukan? ataupun.. " KAU BOLEH TAK GANTIKAN AKU DENGAN KUCING PARSI " boleh tak? kejam ke? aku kejam or kau yang lagi kejam?
tidurlah lena wahai sayangku..ALLAH telah memilih untuk menjagamu..
Apa yang membuatkan aku rasa terkilan disebabkan aku dah janji nak balik minggu ni dengan cousin aku untuk jaga kesayangan aku ni..sebab mak ayah aku nak berjalan tak kan nak bawak meoww pulak jauh-jauh..tapi aku tak sempat..hari-hari aku call mak aku.. " mak, sape yang nak jaga cikunit adik? " mak aku cakap samaada cousin aku or abang aku.. and mak cakap " biar cikunit kena tinggal sorang-sorang " mak gi jalan.. :( aku gelak jer..sebab aku tau aku yang akan balik jaga dia..tapi ALLAH lebih menyayangi dia.. Terima kasih ALLAH sebab memilih untuk menjaga cikunit saya.. selama-lamanya.. Ya ALLAH..lindungilah kami dari rasa putus asa dan payungilah kami atas keredhaanMU.
Dan ada sebab kenapa aku sangat sayangkan meow ni..: (
" masa untuk tidur esok ada class..cukuplah aku amek MC sampai tak boleh gi keje siang tadi :( " nanti sambung lagilah..huhuhu..
Aku terpanggil dan tertarik untuk tulis entry ni..Even dah lewat malam..esok keje dah sepatutnya aku tido...sok hebohla ngantuk and mula lah malas nak bangun..MONDAY ok! normal..per omputih cakap tu?monday blue?or monday blues? haha..adehh...sejak tuka department baru ni memang sedikit tekanan..8 pagi keluar rumah.8 malam sampai rumah.. cuba cakap sikit dengan aku..kerja apa yang senang kat dunia ni? rasanya penah je dekat setahun aku lepak kat rumah tanpa buat apa pun aku rasa susah gak..hihi..wut ever...tiada perkara yang susah asalkan selalu bersyukur kan.Agak sedikit lari topik..tapi tak apa...sharing is caring? :P <3 mungkin korang dah penah baca..tapi aku suka la..bab-bab macam ni..semua orang akan lalui..so.sedia aje la turn masing-masing tuh.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
YA ALLAH,
jika telah Engkau catatkan dia menjadi milikku dan tercipta buatku
maka satukanlah hatinya dengan hatiku
Dan titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan ini abadi
Dan Ya ALLAH Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Perkukuhkan yang sejahtera dan yang abadi
Tetapi YA ALLAH,
Andai Engkau takdirkan
dia bukan milikku
bawalah dia jauh dari pandanganku
luputkanlah dia dari ingatanku
dan peliharalah aku dari kekecewaan olehnya
serta Tuhan ku Yang Maha Mengerti
berikanlah aku kekuatan
melontar bayangannya jauh ke dada langit, bersama senja nan merah,
Agar aku bahagia walaupun tanpa bersama dengannya.
Dan Ya ALLAH Yang Tercinta,
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
walaupun tidak sama dengan dirinya.
Ya ALLAH
pasrahkanlah aku dengan takdirMU
sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
segala yang terbaik buat hambaMu ini
Ya ALLAH peliharalah hatiku dan diriku ini
daripada penyakit hati,maksiat,kemungkaran
kurniakanlah aku pasangan yang beriman
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai
dan kurniakanlah aku keturunan yang soleh
dan solehah. Amin..Ya RabbalAlamin..
:me and you:
“ CARILAH LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU , Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA , Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT BERSAMA - SAMA DI SEPERTIGA MALAM . JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA . ”
Rindu! rindu! rindu! saya mahu pulang! nak balik rumah...huhu...rindu nak bergurau dengan si gendot ni..kalau lah si gendot ni pandai cakap..nak je call and borak rancak dengan die! hehe..merepek! :D da besar dah die..kejap nye masa berlalu..huuu..
sekarang da pukul 1.26 a.m..
mata tak boleh tido..hati rasa rindu sangat nak jumpa meow..
esok gerak balik rumah..mau nya 3jam lebih nak sampai rumah..
tapi ada urusan lain lagi..huhu..penting.. meow best..
meow selalu teman aku..sejak ada meow hepi sangat..sebab kat rumah sorang-sorang..
gendut kan perot die..hehe.
meow bijak and lincah sangat..setiap hari waktu subuh mesti dia kejot semua orang.. selagi tak bangun,selagi tu dia kejot gigit dah la sakit.hehe..Dah 4hari tak jumpa meow..rindu..sebab hari2 tido dengan meow..cakap dengan meow..main kejar-kejar.. huhu..meow tu seolah-seolah tahu perasaan aku..2 hari before nak tinggalkan dia..dia asek lah ikot aku..langsung tak nak keluar rumah..sampaikan aku masuk toilet pun dia tunggu depan pintu toilet sampai lah kerjaan aku habes.hehe.(dia skodeng ke?).time malam-malam pulak bila aku tido lewat sangat...dia mesti bangun then meniarap atas keyboard lappy aku..dia suruh aku tido..huhu..aku asek online je kot..hihi..
huhu..siyes rindu sangat rasa nak nanges.call mak,mak cakap dia cari aku..nakje aku belikan dia henfon..huh!.harap Allah izinkan umur meow panjang untuk membahagiakan aku dan family...macam putih aku dulu 13 tahun dia dengan family aku..then mati..huhu..meow ni memang mirip putih..cume bulu meow kembang n lebat sikit dari putih..putih betina...meow jantan..hehe.Awal2 masa bawa meow balik dulu,mak and ayah bukan main bantah lagi aku nak bela meow..lepas dah 2tahun rumah tak bela kucing pas putih mati..tapi sekarang meow jadi kesayangan mak ayah and family..sebab kelincahan dia..;p huhu..nak tido la..meow..jaga diri elok2.jangan main kat tengah jalan tau..sebab kereta cikgu **** laju..huhu.. (macamlah meow ade blog!haha)..tak pelah..daa~
Assalammualaikum.. :) hai kaum adam..anda dilarang sama sekali membaca entry aku kali ini ok...jangan degil atau mungkin akan menimbulkan kemarahan dalam diri anda terhadap kaum hawa ini.. ;p heh! Bacalah ..digalakkan baca...lelaki yang bodoh je taknak baca ( ishh,kerana mulut badan binasa..hahaha!).. supposely nak cakap.. " Siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya" (itu lebih molek kan darling) ;p kahkahkah.. Jangan marah nanti kena jual..Aku just nak kongsi article yang aku baca kat paper "BERITA HARIAN" -selasa 26 April 2011. (korang ada baca tak?kalau tak ada meh baca tajuk hot ni..hihi)
siapa tak kenal dia? ;)
OK..korang pernah terpikir tak ekspresi keliru dan bosan lelaki time borak dengan perempuan cantik? macam dalam filem "there's something about Mary" just lakonan..silap kalau anggap macam tu.OK dah..jom baca paper blog :D
Akhbar Japan Today memetik laporan J-Cast mengenai kajian terbaru pakar psikologi di Universiti Radboud, Belanda, bahawa lelaki melakukan tindakan bodoh bila berinteraksi dengan wanita cantik. Idea diorang tu datang time ade la sorang penyelidik tu dia sendiri tak boleh ingat alamat rumah first time dia borak dengan perempuan cantik ataupun perempuan yang menarik minatnya. (takde lah cantik mana tapi suke..hehe ;p) > Dalam usaha nak buktikan teori diorang tu betol ke tak, penyelidik tu buat kajian kat 40 orang pelajar lelaki heteroseksual,(lapor J-Cast).
So, pelajar tu pun kena lah buat ujian memori yang standard je macam dorang kena hafal beberapa ayat then ulang balik. Dorang jugak kena cakap dengan kumpulan lain lelaki and perempuan sebelum ulang benda yang dorang hafal tu. Hasil daripada kajian tu, lelaki lebih lambat dan kurang tepat bagi jawapan after bual dengan kumpulan wanita cantik tu. Lebi menarik wanita itu pada mata mereka, lebih rendah markah. (kehkehkeh..padan muka kan ;p).Tapi yang mengejutkan tu! Bila ujian yang sama dibuat kat kumpulan wanita,tahap memori dorang sama..tak kira la cakap dengan lelaki atau perempuan.
Ahli psikologi tu cakap, hasil penyelidikan tu buktikan yang lelaki ni diprogramkan untuk berfikir cara untuk mewarisi genetik, dorang lebih fokus secara reproduktif berbanding wanita terutama bila berdepan dengan cabaran baru (Lapor J-Cast). Kajian tu ada implikasi terhadap keberkesanan pencapaian lelaki di tempat kerja, semasa bertemu rakan kongsi atau keputusan exam pelajar lelaki kat sekolah campur. If lelaki hlang fungsi kognitif time berbual dengan wanita cantik kat tempat kerja: LEBIH BAIK TIDAK MENGAMBILNYA BEKERJA DALAM SYARIKAT" : adalah sorang lelaki Jepun berusia 30-an yang kerja kat sebuah syarikat terkenal coz dia pun amek perempuan-perempuan cantik je kerja- Agensi.
Kesimpulan yang aku boleh buat: ye kot..dan terpulang pada individu kan..and kalau perempuan cakap dengan lelaki kacak camne plak an?hahah! :D hmm..kalau aku,nampak budak ensem ke kacak ke macho ke..mulut masti terus cakap dengan member.."hek eleh tak ensem lansung ahh..buta ke mata kau! lelaki jongos macam tu kau gila" hahahaha! jahat kan..dalam hati?wallaaaweehh..hihi..OOppss..sebenarnya elok la ikot cara aku ni ye kaum hawa..(yeke weh?) yela,aku bukan apa..nanti kang mamat tu perasan sangat pulak..lagi-lagi dapat pulak dalam kelas kang takleh blaja aku..Lecturer hensem ke..haha! Sebab,selalunya awl-awal tangok jer macho gila,hensem,kacak,bergaya and macam-macam lah..dah lama kenal rupanya hampeh perangai..haha! Aku dah try..cakap dari pengalaman..cheewaaah! and lain pulak orang yang dah bekerja kan..lelaki yang kena jumpa member opis.perempuan..cantik-cantik tu..hari-hari jumpa..terpikat..cian bini kat rumah,,heh! cian kat gf ke..tapi kalau couple ok la lagi..si gf apa lagi..cari baru jelah! (hehe,aku cakap kuat..but me?) daaaaa~ kweng3x..tapi kalau da kawen tu? alamak memang hancur la hati..
So, jadilah profesional kan :) ok..ape pendapat korang pulak?
Apa khabar imanmu hari ini? Sudahkah harimu ini diawali dengan rasa syukur,kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini. Sudahkah air wudhu' menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang saat ini telah kau genggam?
♥ Wahai Calon Suamiku, ♥
Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dasyatnya? Di sini aku ditempa untuk menjadi dewasa,agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan dan siap mendampingimu kelak. Miskipun kadang keluh dan putus asa menyergapi.Namun kini, ku rasakan diri ini lebih baik.
Kadang aku tertanya-tanya, kenapa Allah selalu mngujiku tepat di hatiku. Bahagian terapuh diriku. Namun kini aku tahu jawapannya. Allah tahu di mana tempat paling tepat agar aku senantiasa kembali mengingati-Nya. Ujian demi ujian Insya-Allah membuatku menjadi lebih tangguh, sehingga saat kelak kita bertemu, kau bangga telah memilikiku di hatimu.
♥ Calon Suamiku, ♥
Entah di mana engkau sekarang. Tapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin Dia kini tengah melatihmu menjadi mujahid yang tangguh hingga aku pun bangga memilikimu kelak. Apa yang kuharapkan darimu adalah kesalihan. Semoga sama halnya dengan dirimu. Kerana apabila kecantikan yang kau harapkan dariku, hanyalah kesia-siaan yang akan kau dapati.
Aku masih haus dengan ilmu. Namun berbekal ilmu yang ada saat ini, aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah dan darimu suamiku.
♥ Wahai Calon Suamiku, ♥
Saat aku masih menjadi asuhan ayah dan bundaku, tidak lain doaku agar aku menjadi anak yang solehah agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat. Namun nanti setelah menjadi isterimu, aku berharap dapat menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga cukup aku menjadi bidadarimu, mendampingi dirimu yang soleh. Aku ini pencemburu berat. Tapi kalau Allah dan RasulAllah lebih kau cintai lebih dariku,aku rela.Aku harap begitu pula dirimu. Aku yakin kaulah yang kubutuhkan meskipun kau bukanlah orang yang aku harapkan.
♥ Calon Suamiku Yang Dirahmati Allah, ♥
Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita, takkan ku namai gubuk itu dengan gubuk derita. Kerana itulah markas dakwah kita, dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih.. Ketika kelak telah lahir generasi penerus dakwah islam dari pernikahan kita, Bantu aku untuk bersama mendidiknya dengan harta yang halal, ilmu yang bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah Taala.
Bunga akan indah pada waktunya. Iaitu ketika bermekaran menghiasi taman. Maka kini, tengah kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya., bersiap menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku. Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meskipun bukan umat yang terbaik, tetapi setidaknya menjadi yang terbaik di sisimu kelak.
♥ Calon Suamiku, ♥
Inilah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata. Seperti kata orang tidak semua yang kurasakan dapat kuungkapkan dengan kata-kata. Itulah kini yang telah kuhadapi. Kelak saat kita telah bersama, maka di situlah kau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu.
Bersabarlah calon suamiku,..Doaku selalu agar Allah memudahkan jalanmu tuk menjemputku sebagai bidadarimu...Semoga Allah selalu menjagamu agar tak tersentuh bukan mahrammu, meski hanya seujung kuku. Agar kau bisa mempersembahkan dirimu seutuhnya untukku. Seperti halnya aku, Yang ingin mempersembahkan diriku seutuhnya hanya untukmu.
Sudah Dulu Ya Calon Suamiku, Salam Cintaku Untukmu.. Waalaikumussalamwarahmatullahhiwabarakatuh.
Calon Isterimu:♡ Norhadilah Bt Hadzir.
"Ceewaahhh! hamboii si hadilah bukan main lagi kan?? hehehe! hmmm...haruslah! :D takpe kan? kan? kawan aku pun 22 da kawen..tak kan aku tak boleh lagi pikir pasal ni..kang andartu kang..huhu..Nauzubillah Min Zalikh..Hmm...credit pada siapa yang buat video ni..and surat cinta ni..aku suka sangat!! memang mendalam sangat kat hati..buat aku kuat!heh! yeke..? lalalala~ yelaa...buat diri tak lupa asal usul cinta suci yang sebenarnya..."JODOH DARI ALLAH" lah.. :) Insyaallah..huhu..sentiasa berpegang pada ayat suci ni..Hope tak penah lupa nanti..bila kecewa or wut ever..
"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laik-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dari tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka itu ampunan dan rezeki yang mulia." [AN-NUR:26]
OK..inilah videonya..korang leh tengok sendiri..siap ada lagu..lagi feel! :) huhu. Really love it! Semoga dapat memperbaiki diri lepas ni..even sikit..kadang-kadang jeles sangat tengok orang couple-couple tunjuk2 kat facebook! siyes!hahaha...tapi..tak apalah.kadang-kadang meluat gak melampau-lampau gambar dorang macam dah kawen..biasalah tu kan..hmmm..apelah hadilah! Mak tahu nanti habis..Mak aku memang tak galak aku couple..huhu..ok..dengar cakap..tapi senyap-senyap tu??hehe! jeng..jeng ..jeng..! nak exam..kerjaan manyak! sempat lagi aku tulis surat cinta!! hahaha!..da la.. papai!