Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Lelaki jadi 'BODOH' depan wanita CANTIK

Posted by Hadilah at 5:59 PM 2 comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

Assalammualaikum.. :) hai kaum adam..anda dilarang sama sekali membaca entry aku kali ini ok...jangan degil atau mungkin akan menimbulkan kemarahan dalam diri anda terhadap kaum hawa ini.. ;p heh! Bacalah ..digalakkan baca...lelaki yang bodoh je taknak baca ( ishh,kerana mulut badan binasa..hahaha!).. supposely nak cakap.. " Siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya" (itu lebih molek kan darling) ;p kahkahkah.. Jangan marah nanti kena jual..Aku just nak kongsi article yang aku baca kat paper "BERITA HARIAN" -selasa 26 April 2011. (korang ada baca tak?kalau tak ada meh baca tajuk hot ni..hihi)

siapa tak kenal dia? ;)

OK..korang pernah terpikir tak ekspresi keliru dan bosan lelaki time borak dengan perempuan cantik? macam dalam filem "there's something about Mary" just lakonan..silap kalau anggap macam tu.OK dah..jom baca paper blog :D




Akhbar Japan Today memetik laporan J-Cast mengenai  kajian terbaru pakar psikologi di Universiti Radboud, Belanda, bahawa lelaki melakukan tindakan bodoh bila berinteraksi dengan wanita cantik. Idea diorang tu datang time ade la sorang penyelidik tu dia sendiri tak boleh ingat alamat rumah first time dia borak dengan perempuan cantik ataupun perempuan yang menarik minatnya. (takde lah cantik mana tapi suke..hehe ;p) > Dalam usaha nak buktikan teori diorang tu betol ke tak, penyelidik tu buat kajian kat 40 orang pelajar lelaki heteroseksual,(lapor J-Cast).

So, pelajar tu pun kena lah buat ujian memori yang standard je macam dorang kena hafal beberapa ayat then ulang balik. Dorang jugak kena cakap dengan kumpulan lain lelaki and perempuan sebelum ulang benda yang dorang hafal tu. Hasil daripada kajian tu, lelaki lebih lambat dan kurang tepat bagi jawapan after bual dengan kumpulan wanita cantik tu. Lebi menarik wanita itu pada mata mereka, lebih rendah markah. (kehkehkeh..padan muka kan ;p).Tapi yang mengejutkan tu! Bila ujian yang sama dibuat kat kumpulan wanita,tahap memori dorang sama..tak kira la cakap dengan lelaki atau perempuan.

Ahli psikologi tu cakap, hasil penyelidikan tu buktikan yang lelaki ni diprogramkan untuk berfikir cara untuk mewarisi genetik, dorang lebih fokus secara reproduktif berbanding wanita terutama bila berdepan dengan cabaran baru (Lapor J-Cast). Kajian tu ada implikasi terhadap keberkesanan pencapaian lelaki di tempat kerja, semasa bertemu rakan kongsi atau keputusan exam pelajar lelaki kat sekolah campur. If lelaki hlang fungsi kognitif time berbual dengan wanita cantik kat tempat kerja: LEBIH BAIK TIDAK MENGAMBILNYA BEKERJA DALAM SYARIKAT" : adalah sorang lelaki Jepun berusia 30-an yang kerja kat sebuah syarikat terkenal coz dia pun amek perempuan-perempuan cantik je kerja- Agensi.

Kesimpulan yang aku boleh buat: ye kot..dan terpulang pada individu kan..and kalau perempuan cakap dengan lelaki kacak camne plak an?hahah! :D hmm..kalau aku,nampak budak ensem ke kacak ke macho ke..mulut masti terus cakap dengan member.."hek eleh tak ensem lansung ahh..buta ke mata kau! lelaki jongos macam tu kau gila" hahahaha! jahat kan..dalam hati?wallaaaweehh..hihi..OOppss..sebenarnya elok la ikot cara aku ni ye kaum hawa..(yeke weh?) yela,aku bukan apa..nanti kang mamat tu perasan sangat pulak..lagi-lagi dapat pulak dalam kelas kang takleh blaja aku..Lecturer hensem ke..haha! Sebab,selalunya awl-awal tangok jer macho gila,hensem,kacak,bergaya and macam-macam lah..dah lama kenal rupanya hampeh perangai..haha! Aku dah try..cakap dari pengalaman..cheewaaah! and lain pulak orang yang dah bekerja kan..lelaki yang kena jumpa member opis.perempuan..cantik-cantik tu..hari-hari jumpa..terpikat..cian bini kat rumah,,heh! cian kat gf ke..tapi kalau couple ok la lagi..si gf apa lagi..cari baru jelah! (hehe,aku cakap kuat..but me?) daaaaa~ kweng3x..tapi kalau da kawen tu? alamak memang hancur la hati..

So, jadilah profesional kan :) ok..ape pendapat korang pulak?

Monday, November 15, 2010

9 RAHSIA PERSAHABATAN KEKAL SEPANJANG HAYAT

Posted by Hadilah at 10:36 PM 0 comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
Dalam menjalinkan hubungan persahabatan memang sukar untuk menjaga hati dan perasaan seseorang sahabat. Kadang-kala apa yang dilakukan ada sahaja yang tidak kena dan kemudian timbul cakap-cakap belakang menyatakan rasa tidak puas hati. Namun kita harus sedar sebagai insan biasa kita tidak sempurna. Oleh itu, sikap saling hormat-menghormati, berterus-terang dan saling percaya penting dalam menjaga hati seseorang sahabat. Semak beberapa tips di bawah bagaimana cara untuk kita menjaga hati seseorang sahabat:


♥ JANGAN LEMPAR PENGHINAAN
Jangan sesekali merendahkan, mengejek dan menghina sahabat dalam bentuk apa pun, baik tentang keperibadian, bentuk fizikal, keadaan sosial dan sebagainya. Elakkan bersikap demikian kerana tidak ada masalah yang selesai dengan penghinaan dan mencela, bahkan yang ada nanti hanyalah perasaan sakit hati serta rasa dendam antara satu sama lain.

♥ JANGAN CAMPUR URUSAN PERIBADI
Jangan dan jika boleh cuba elakkan mencampuri urusan peribadi sahabat yang tidak ada manfaatnya jika kita terlibat. Seperti yang kita maklum, setiap individu mempunyai urusan dan masalah peribadi yang kadang-kala tidak boleh diceritakan walaupun dengan sahabat sendiri. Ia adalah sesuatu yang sangat sensitif dan jika tersalah cakap boleh menimbulkan kemarahan sahabat.

♥ JANGAN MENYAMPUK APABILA BERCAKAP
Sungguh tidak sopan apabila kita bercakap kemudian tiba-tiba dipotong dan disangkal. Latihlah diri kita untuk bersabar dalam mendengar dan mencelah perbuatan dengan cara terbaik dan pada waktu yang tepat dan sesuai.

♥ JANGAN BUAT PERBANDINGAN
Jangan sesekali membandingkan jasa, kebaikan, penampilan, harta, kedudukan seseorang sehingga sahabat yang mendengarnya merasa dirinya tidak berharga, rendah diri atau merasa terhina.

♥ JANGAN MEMBELA MUSUHNYA, MENCACI KAWANNYA
Setiap orang memiliki sahabat yang disukainya dan dibenci. Membela musuh boleh dianggap menyokong musuhnya itu, begitu juga jika kita mencaci sahabtnya bererti kita memusuhi dirinya. Bersikap neutral jika kita inginkan kebaikan daripada semua pihak. Apa yang penting kita perlu meramaikan kawan bukan memperbanyakkan musuh.

♥ JANGAN ROSAKKAN KEBAHAGIAANNYA
Apabila sahabat kita sedang bersuka cita, bergembira dan berbahagia, janganlah melakukan tindakan yang boleh merosakkan kebahagiaannya itu. Sebagai contoh, ada seseorang yang berasa gembira dan teruja kerana menerima hadiah dari luar negara, padahal kita tahu bahawa barang tersebut buatan tempatan dan mungkin ada dijual di pasar raya. Maka kita tidak perlulah menyampaikan perkara tersebut kepadanya.Biarlah dia gembira dengan hadiah yang diterimanya itu.

♥ JANGAN UNGKIT KISAH LALU
Ingatlah setiap orang memiliki rahsia dan kesilapan yang tidak mahu diceritakan kepada orang lain, begitu juga dengan diri kita sendiri. Oleh itu, jangan lah cuba untuk mngungkit dan menceritakannya kepada orang lain. Takut ia akan menyakiti hati sahabat dan menjejaskan ikatan persahabatan hanya kerana telah membongkarkan kekurangan yang dimilikinya.

♥ KAWAL KEMARAHAN DENGAN BAIK
Apabila kamu marah, maka berhati-hatilah kerana kemarahan yang tak terkawal boleh mempengaruhi tingkah laku dan percakapan. Jika kemarahan tidak dikawal dengan baik, takut akan melukai hati sahabat seterusnya menghancurkan hubungan baik dengannya. Kawal amarah dengan sebaik mungkin dan jika ia tetap terjadi, lontarkanlah kata-kata yang tidak mungkin melukai hati sahabat. Cuba redakan kemarahan dalam masa yang singkat dan pohonlah kemaafan dan seandainya kata-kata yang diluahkan itu dirasakan keterlaluan.

♥ JANGAN KETAWAKAN SAHABAT
Jangan mentertawakan sahabat kerana kekurangan yang dimilikinya. Ini termasuklah kekurangan daripada segi penampilan, rupa, bentuk badan, dan sebagainya. Ingatlah ketawa yang berlebihan dan tidak kena pada tempatnya akan mengundang rasa sakit hati sahabat.

:. JANGAN , JANGAN DAN JANGAN...haiihh...berapa kali nak ulang kan..apa-apa pun sama-samalah kita kongsi tips persahabatan ni..dikesempatan ini pun aku nak mintak maaf sangat-sangat kat semua yang bergelar sahabat mahupun kawan aku, if selama ini ada menyakitkan hati..maafkan aku yer..(macam raya lah pulak!hahaha!)MAAFKAN aku walaupun kita tak sempat bersua-muka...hope cara ni dapat melapangkan dada,bagi kebahagiaan kat kita semua.. (macam makan dalam plak aku kan..ooopsss!!hehe)oh yer...korang tuh taknak minta maaf kat aku ke?hihi..takut?malu?or tak tahu or buat-buat tak tahu??kweng3x...jangan risau... AKU MAAFKAN DAH..LAMA DAH..masing-masing ada haluan sendiri kan..teruskan dan berbahagialah..hehe..^_^ memaafkan kesalahan orang lain dan berharap turut dimaafkan.kerana perjalanan ke syurga kelak tak ada penghalang...pernah tak dengar kisah seorang hamba yang melangkah ke syurga tapi,time nak masuk tu tak dapat...stop depan pintu syurga..rupa-rupanya ada orang lain tak maafkan dia...huhu...nauzubillah min zalikh... sesiapapun tak nak jadi macam tu..huhu..owh yer...tips ni aku dapat dari majalah Dara.com..sharing is caring kan? ^_^ LOVE YOU ALL..daaa~

Tuesday, October 5, 2010

♥ STUDY BEFORE YOU LOVE SOMEBODY ♥

Posted by Hadilah at 8:47 PM 0 comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ



Assalammualaikum...hello there..wallaaawehh... "STUDY BEFORE YOU LOVE SOMEBODY". Biasa lah dengar..Masa kecik-kecik dulu dah tau dah...dalam perot mak?pon dah tau dah...but, me? " LOVE SOMEBODY WHILE STUDY" haha!. rosak! memang rosak.. ^-^ umum kan..biasalah tu...tak ada siapa pun boleh terlepas dari cubaan/dugaan/cabaran/ujian CINTA ni.." orang nak awek...dia pun teringin nak awek...orang nak balak...dia pun teringin gak nak berbalak".. DUNIA..macam-macam..CEMBURU..tengok orang ada pasangan..(cakap macam tak ada plak kan??) hehe.. WHATEVER... teringat pesan mak aku masa aku buat Diploma dulu...awal-awal masuk kolej...mak : " ADIK, JANGANLAH BERKAWAN SANGAT DENGAN LELAKI NI WAKTU BELAJAR NANTI KECEWA SUSAH"... me: "ok mak..kawan je tak apa kan?" AKU DAH HABES DIPLOMA...apa yang aku dapat? "SEGULUNG KEKECEWAAN" hahaha! relax ..take it easy..ada hikmah disebalik kejadian..buat kita tambah matang... ^_^

KALIS CINTA WEH ! HAHA..



Saturday, October 2, 2010

♥ USIRLAH KEKOSONGAN DENGAN KESIBUKAN ♥

Posted by Hadilah at 10:37 PM 0 comments

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
urrmm...selalu tak korang rasa KOSONG? or mungkin BOSAN? normal kan rasa tu..tapi ini kalau dah memang tahap BOSAN GILER tak tau lah nak cakap apa...mungkin tak buat apa-apa ataupun terlalu ikotkan perasaan sampailah sume benda jadi tak buat..kadang-kadang kalau tension tu pon leh jadi punca.ok,now aku nak kongsi apa yang aku da baca..hope,sama-sama dapat manfaat..

SOURCE : LA TAHZAN [Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni]

Orang-orang yang banyak menganggur dalam hidup ini, biasanya akan menjadi bahan gossip dan desas-desus yang tidak bermanfaat.Itu, kerana akal fikiran mereka selalu melayang-layang tidak tahu arah.Dan...

mereka suka tinggal bersama mereka yang selalu ditinggalkan (kerana uzur).....(At-Taubah: 87)

Saat paling berbahaya bagi akal adalah manakala pemiliknya menganggur dan tidak berbuat apa-apa.Orang seperti itu ibarat kereta yang berjalan dengan kecepatan tinggi tanpa pemandu; akan mudah terhuyung hayang ke kanan dan ke kiri.

Apabila pada suatu hari anda mendapati diri anda menganggur tanpa kegiatan, bersiaplah untuk bersedih, gundah dan cemas! Sebab, dalam keadaan kosong itulah fikiran akan menerawang kemana-mana dari mengingat kegelapan masa lalu, menyesali kesialan masa kini, hingga mencemaskan kelamnya masa depan yang belum tentu anda alami. Dan itu membuat akal fikiran anda tidak terkendali dan mudah terlepas dari kawalan. Maka dari itu, saya nasihatkan kepada anda dan diriku sendiri bahawa mengerjakan amalan-amalan yang bermanfaat adalah lebih baik daripada terlarut dalam kekosongan yang membinasakan. Kesimpulannya: membiarkan diri dalam kekosongan itu sama halnya dengan bunuh diri dan merosak tubuh dengan dadah.

Waktu kosong itu tidak ubahnya dengan siksaan halus di penjara Cina; meletakkan si tahanan itu di bawah paip air yang hanya dapat menitiskan air satu titis setiap minit selama bertahun-tahun. Dan dalam masa penantian yang panjang itulah , seseorang menjadi stress dan gila.

Menganggur dapat melalaikan diri, dan sunyi dari kegiatan merupakan pencuri professional, sedangkan akal anda adalah perwira yang dapat melawan dan mengoyak pertempuran khayalan ini.

Kerana itu,bangkitlah sekarang juga; kerjakan solat, baca buku, bertasbih, mengkaji, menulis,mengemaskan meja kerja, mengemaskan bilik tidur, atau berbuatlah sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain untuk mngusir kekosongan itu! Ini kerana aku ingin mengingatkan anda agar tidak berhenti sejenak pun dari melakukan sesuatu yang bermanfaat.

Bunuhlah setiap waktu kosong dengan "pisau" kesibukan! Dengan cara itu, doktor-doktor dunia akan berani menjamin bahawa anda telah mencapai 50% dari kebahagiaan. Lihatlah para petani, nelayan dan para buruh kasar, mereka dengan ceria mendendangkan lagu-lagu seperti burung-burung di alam bebas! Mereka tidak seperti anda yang tidur di atas katil empuk, tetapi selalu gelisah dan mengalirkan air mata kesedihan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♡"keep.your.secret."♡ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal