Monday, November 15, 2010

9 RAHSIA PERSAHABATAN KEKAL SEPANJANG HAYAT

Posted by Hadilah at 10:36 PM
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
Dalam menjalinkan hubungan persahabatan memang sukar untuk menjaga hati dan perasaan seseorang sahabat. Kadang-kala apa yang dilakukan ada sahaja yang tidak kena dan kemudian timbul cakap-cakap belakang menyatakan rasa tidak puas hati. Namun kita harus sedar sebagai insan biasa kita tidak sempurna. Oleh itu, sikap saling hormat-menghormati, berterus-terang dan saling percaya penting dalam menjaga hati seseorang sahabat. Semak beberapa tips di bawah bagaimana cara untuk kita menjaga hati seseorang sahabat:


JANGAN LEMPAR PENGHINAAN
Jangan sesekali merendahkan, mengejek dan menghina sahabat dalam bentuk apa pun, baik tentang keperibadian, bentuk fizikal, keadaan sosial dan sebagainya. Elakkan bersikap demikian kerana tidak ada masalah yang selesai dengan penghinaan dan mencela, bahkan yang ada nanti hanyalah perasaan sakit hati serta rasa dendam antara satu sama lain.

JANGAN CAMPUR URUSAN PERIBADI
Jangan dan jika boleh cuba elakkan mencampuri urusan peribadi sahabat yang tidak ada manfaatnya jika kita terlibat. Seperti yang kita maklum, setiap individu mempunyai urusan dan masalah peribadi yang kadang-kala tidak boleh diceritakan walaupun dengan sahabat sendiri. Ia adalah sesuatu yang sangat sensitif dan jika tersalah cakap boleh menimbulkan kemarahan sahabat.

JANGAN MENYAMPUK APABILA BERCAKAP
Sungguh tidak sopan apabila kita bercakap kemudian tiba-tiba dipotong dan disangkal. Latihlah diri kita untuk bersabar dalam mendengar dan mencelah perbuatan dengan cara terbaik dan pada waktu yang tepat dan sesuai.

JANGAN BUAT PERBANDINGAN
Jangan sesekali membandingkan jasa, kebaikan, penampilan, harta, kedudukan seseorang sehingga sahabat yang mendengarnya merasa dirinya tidak berharga, rendah diri atau merasa terhina.

JANGAN MEMBELA MUSUHNYA, MENCACI KAWANNYA
Setiap orang memiliki sahabat yang disukainya dan dibenci. Membela musuh boleh dianggap menyokong musuhnya itu, begitu juga jika kita mencaci sahabtnya bererti kita memusuhi dirinya. Bersikap neutral jika kita inginkan kebaikan daripada semua pihak. Apa yang penting kita perlu meramaikan kawan bukan memperbanyakkan musuh.

JANGAN ROSAKKAN KEBAHAGIAANNYA
Apabila sahabat kita sedang bersuka cita, bergembira dan berbahagia, janganlah melakukan tindakan yang boleh merosakkan kebahagiaannya itu. Sebagai contoh, ada seseorang yang berasa gembira dan teruja kerana menerima hadiah dari luar negara, padahal kita tahu bahawa barang tersebut buatan tempatan dan mungkin ada dijual di pasar raya. Maka kita tidak perlulah menyampaikan perkara tersebut kepadanya.Biarlah dia gembira dengan hadiah yang diterimanya itu.

JANGAN UNGKIT KISAH LALU
Ingatlah setiap orang memiliki rahsia dan kesilapan yang tidak mahu diceritakan kepada orang lain, begitu juga dengan diri kita sendiri. Oleh itu, jangan lah cuba untuk mngungkit dan menceritakannya kepada orang lain. Takut ia akan menyakiti hati sahabat dan menjejaskan ikatan persahabatan hanya kerana telah membongkarkan kekurangan yang dimilikinya.

KAWAL KEMARAHAN DENGAN BAIK
Apabila kamu marah, maka berhati-hatilah kerana kemarahan yang tak terkawal boleh mempengaruhi tingkah laku dan percakapan. Jika kemarahan tidak dikawal dengan baik, takut akan melukai hati sahabat seterusnya menghancurkan hubungan baik dengannya. Kawal amarah dengan sebaik mungkin dan jika ia tetap terjadi, lontarkanlah kata-kata yang tidak mungkin melukai hati sahabat. Cuba redakan kemarahan dalam masa yang singkat dan pohonlah kemaafan dan seandainya kata-kata yang diluahkan itu dirasakan keterlaluan.

JANGAN KETAWAKAN SAHABAT
Jangan mentertawakan sahabat kerana kekurangan yang dimilikinya. Ini termasuklah kekurangan daripada segi penampilan, rupa, bentuk badan, dan sebagainya. Ingatlah ketawa yang berlebihan dan tidak kena pada tempatnya akan mengundang rasa sakit hati sahabat.

:. JANGAN , JANGAN DAN JANGAN...haiihh...berapa kali nak ulang kan..apa-apa pun sama-samalah kita kongsi tips persahabatan ni..dikesempatan ini pun aku nak mintak maaf sangat-sangat kat semua yang bergelar sahabat mahupun kawan aku, if selama ini ada menyakitkan hati..maafkan aku yer..(macam raya lah pulak!hahaha!)MAAFKAN aku walaupun kita tak sempat bersua-muka...hope cara ni dapat melapangkan dada,bagi kebahagiaan kat kita semua.. (macam makan dalam plak aku kan..ooopsss!!hehe)oh yer...korang tuh taknak minta maaf kat aku ke?hihi..takut?malu?or tak tahu or buat-buat tak tahu??kweng3x...jangan risau... AKU MAAFKAN DAH..LAMA DAH..masing-masing ada haluan sendiri kan..teruskan dan berbahagialah..hehe..^_^ memaafkan kesalahan orang lain dan berharap turut dimaafkan.kerana perjalanan ke syurga kelak tak ada penghalang...pernah tak dengar kisah seorang hamba yang melangkah ke syurga tapi,time nak masuk tu tak dapat...stop depan pintu syurga..rupa-rupanya ada orang lain tak maafkan dia...huhu...nauzubillah min zalikh... sesiapapun tak nak jadi macam tu..huhu..owh yer...tips ni aku dapat dari majalah Dara.com..sharing is caring kan? ^_^ LOVE YOU ALL..daaa~

0 comments on "9 RAHSIA PERSAHABATAN KEKAL SEPANJANG HAYAT"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♡"keep.your.secret."♡ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal