بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
YA ALLAH,
jika telah Engkau catatkan dia menjadi milikku dan tercipta buatku
maka satukanlah hatinya dengan hatiku
Dan titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan ini abadi
Dan Ya ALLAH Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Perkukuhkan yang sejahtera dan yang abadi
Tetapi YA ALLAH,
Andai Engkau takdirkan
dia bukan milikku
bawalah dia jauh dari pandanganku
luputkanlah dia dari ingatanku
dan peliharalah aku dari kekecewaan olehnya
serta Tuhan ku Yang Maha Mengerti
berikanlah aku kekuatan
melontar bayangannya jauh ke dada langit, bersama senja nan merah,
Agar aku bahagia walaupun tanpa bersama dengannya.
Dan Ya ALLAH Yang Tercinta,
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
walaupun tidak sama dengan dirinya.
Ya ALLAH
pasrahkanlah aku dengan takdirMU
sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
segala yang terbaik buat hambaMu ini
Ya ALLAH peliharalah hatiku dan diriku ini
daripada penyakit hati,maksiat,kemungkaran
kurniakanlah aku pasangan yang beriman
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai
dan kurniakanlah aku keturunan yang soleh
dan solehah. Amin..Ya RabbalAlamin..
:me and you: |
credit to: Jannati Baiti.. thanks :)
0 comments on "Dari kekasih buat kekasih.."
Post a Comment