بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
Sunday, December 18, 2011
Friday, November 18, 2011
Kucingku di jaga ALLAH SWT.
Walaupun seekor kucing,tapi kehilangan dia sangat lah memeritkan..ye, aku tau ALLAH SWT da tentukan segalanya..da aturkan setiap perjalanan..ye..QADHA n QADAR.. Bukan aku manusia yang hendak melawan takdir ALLAH SWT.tapi aku sendiri hambaNya yang terlalu lemah, memerlukan masa untuk cari ketenangan dan didik jiwa aku untuk mengerti apa yang terjadi..Aku sendiri tak mintak untuk benak di lubuk hati aku ni memberontak..Alhamdulillah , sekarang aku dah boleh terima. Cuma aku sedikit terkilan dengan sikap manusia yang tak berperasaan tu, lebih-lebih lagi buatkan air mata MAK aku mengalir..sekiranya kalian? apakah yang kalian lakukan? bukanlah wang ringgit sebagai gantian..tapi..aku? " BOLEH KAU PULANGKAN KUCING AKU BALIK TAK ?? " hahaha..tentunya tak masuk akal bukan? ataupun.. " KAU BOLEH TAK GANTIKAN AKU DENGAN KUCING PARSI " boleh tak? kejam ke? aku kejam or kau yang lagi kejam?
Apa yang membuatkan aku rasa terkilan disebabkan aku dah janji nak balik minggu ni dengan cousin aku untuk jaga kesayangan aku ni..sebab mak ayah aku nak berjalan tak kan nak bawak meoww pulak jauh-jauh..tapi aku tak sempat..hari-hari aku call mak aku.. " mak, sape yang nak jaga cikunit adik? " mak aku cakap samaada cousin aku or abang aku.. and mak cakap " biar cikunit kena tinggal sorang-sorang " mak gi jalan.. :( aku gelak jer..sebab aku tau aku yang akan balik jaga dia..tapi ALLAH lebih menyayangi dia.. Terima kasih ALLAH sebab memilih untuk menjaga cikunit saya.. selama-lamanya.. Ya ALLAH..lindungilah kami dari rasa putus asa dan payungilah kami atas keredhaanMU.
Dan ada sebab kenapa aku sangat sayangkan meow ni..: (
" masa untuk tidur esok ada class..cukuplah aku amek MC sampai tak boleh gi keje siang tadi :( " nanti sambung lagilah..huhuhu..
tidurlah lena wahai sayangku..ALLAH telah memilih untuk menjagamu.. |
Apa yang membuatkan aku rasa terkilan disebabkan aku dah janji nak balik minggu ni dengan cousin aku untuk jaga kesayangan aku ni..sebab mak ayah aku nak berjalan tak kan nak bawak meoww pulak jauh-jauh..tapi aku tak sempat..hari-hari aku call mak aku.. " mak, sape yang nak jaga cikunit adik? " mak aku cakap samaada cousin aku or abang aku.. and mak cakap " biar cikunit kena tinggal sorang-sorang " mak gi jalan.. :( aku gelak jer..sebab aku tau aku yang akan balik jaga dia..tapi ALLAH lebih menyayangi dia.. Terima kasih ALLAH sebab memilih untuk menjaga cikunit saya.. selama-lamanya.. Ya ALLAH..lindungilah kami dari rasa putus asa dan payungilah kami atas keredhaanMU.
Dan ada sebab kenapa aku sangat sayangkan meow ni..: (
" masa untuk tidur esok ada class..cukuplah aku amek MC sampai tak boleh gi keje siang tadi :( " nanti sambung lagilah..huhuhu..
Sunday, November 13, 2011
WishYouWereHere.
I can be tough..I can be strong
But with you, It's not like that at all
Theres a girl who gives a shit
Behind this wall
You just walk through it
And I remember all those crazy thing you said
You left them running through my head
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here
All those crazy things we did
Didn't think about it just went with it
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here
[chorus]
Damn, Damn, Damn,
What I'd do to have you
Here, Here, Here
I wish you were here
Damn, Damn, Damn,
What I'd do to have you
Near, Near, Near
I wish you were here.
I love the way you are
It's who I am don't have to try hard
We always say, Say like it is
And the truth is that I really miss
All those crazy thing you said
You left them running through my head
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here
All those crazy things we did
Didn't think about it just went with it
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here
[chorus]
Damn, Damn, Damn,
What I'd do to have you
Here, Here, Here
I wish you were here
Damn, Damn, Damn,
What I'd do to have you
Near, Near, Near
I wish you were here.
[bridge]
No, I don't wanna let go
I just wanna let you know
That I never wanna let go
Let go, Oh, Oh,
No, I don't wanna let go
I just wanna let you know
That I never wanna let go
Let go, Let go, Let go...
[chorus]
Damn, Damn, Damn,
What I'd do to have you
Here, Here, Here
I wish you were here
Damn, Damn, Damn,
What I'd do to have you
Near, Near, Near
I wish you were here.
Monday, October 31, 2011
Dari kekasih buat kekasih..
Aku terpanggil dan tertarik untuk tulis entry ni..Even dah lewat malam..esok keje dah sepatutnya aku tido...sok hebohla ngantuk and mula lah malas nak bangun..MONDAY ok! normal..per omputih cakap tu?monday blue?or monday blues? haha..adehh...sejak tuka department baru ni memang sedikit tekanan..8 pagi keluar rumah.8 malam sampai rumah.. cuba cakap sikit dengan aku..kerja apa yang senang kat dunia ni? rasanya penah je dekat setahun aku lepak kat rumah tanpa buat apa pun aku rasa susah gak..hihi..wut ever...tiada perkara yang susah asalkan selalu bersyukur kan.Agak sedikit lari topik..tapi tak apa...sharing is caring? :P <3 mungkin korang dah penah baca..tapi aku suka la..bab-bab macam ni..semua orang akan lalui..so.sedia aje la turn masing-masing tuh.
“ CARILAH LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU , Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA , Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT BERSAMA - SAMA DI SEPERTIGA MALAM . JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA . ”
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
YA ALLAH,
jika telah Engkau catatkan dia menjadi milikku dan tercipta buatku
maka satukanlah hatinya dengan hatiku
Dan titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan ini abadi
Dan Ya ALLAH Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Perkukuhkan yang sejahtera dan yang abadi
Tetapi YA ALLAH,
Andai Engkau takdirkan
dia bukan milikku
bawalah dia jauh dari pandanganku
luputkanlah dia dari ingatanku
dan peliharalah aku dari kekecewaan olehnya
serta Tuhan ku Yang Maha Mengerti
berikanlah aku kekuatan
melontar bayangannya jauh ke dada langit, bersama senja nan merah,
Agar aku bahagia walaupun tanpa bersama dengannya.
Dan Ya ALLAH Yang Tercinta,
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
walaupun tidak sama dengan dirinya.
Ya ALLAH
pasrahkanlah aku dengan takdirMU
sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
segala yang terbaik buat hambaMu ini
Ya ALLAH peliharalah hatiku dan diriku ini
daripada penyakit hati,maksiat,kemungkaran
kurniakanlah aku pasangan yang beriman
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai
dan kurniakanlah aku keturunan yang soleh
dan solehah. Amin..Ya RabbalAlamin..
:me and you: |
credit to: Jannati Baiti.. thanks :)
Monday, October 17, 2011
KESAYANGANKU!
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
Rindu! rindu! rindu! saya mahu pulang! nak balik rumah...huhu...rindu nak bergurau dengan si gendot ni..kalau lah si gendot ni pandai cakap..nak je call and borak rancak dengan die! hehe..merepek! :D da besar dah die..kejap nye masa berlalu..huuu..
Friday, September 23, 2011
M E A N
You, with your words like knives
And swords and weapons that you use against me
You have knocked me off my feet again
Got me feeling like a nothing
You, with your voice like nails on a chalkboard
Calling me out when I'm wounded
You picking on the weaker man
Well you can take me down with just one single blow
but you don't know, what you don't know...
Someday I'll be living in a big ol' city
And all you're ever going to be is mean
Someday I'll be big enough so you can't hit me
And all you're ever going to be is mean
Why you gotta be so mean?
You, with your switching sides
And your wildfire lies and your humiliation
You have pointed out my flaws again
As if I don't already see them
I walk with my head down
Trying to block you out 'cause I'll never impress you
I just wanna feel okay again
I bet you got pushed around
Somebody made you cold
But the cycle ends right now
Cause you can't lead me down that road
And you don't know, what you don't know...
Someday I'll be living in a big ol' city
And all you're ever going to be is mean
Someday I'll be big enough so you can't hit me
And all you're ever going to be is mean
Why you gotta be so mean?
And I can see you years from now in a bar
Talking over a football game
With that same big loud opinion
But nobody's listening
Washed up and ranting about the same old bitter things
Drunk and grumbling on about how I can't sing
But all you are is mean
All you are is mean
And a liar, and pathetic, and alone in life
And mean, and mean, and mean, and mean
But someday I'll be living in a big ol' city
And all you're ever going to be is mean, yeah yeah
Someday I'll be big enough so you can't hit me
And all you're ever going to be is mean
Why you gotta be so mean?
Someday I'll be living in a big ol' city
And all you're ever going to be is mean, yeah yeah
Someday I'll be big enough so you can't hit me
And all you're ever going to be is mean
Why you gotta be so mean?
Tuesday, May 10, 2011
Rindu sangat dengan meow.. ;(
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
mata tak boleh tido..hati rasa rindu sangat nak jumpa meow..
esok gerak balik rumah..mau nya 3jam lebih nak sampai rumah..
tapi ada urusan lain lagi..huhu..penting.. meow best..
meow selalu teman aku..sejak ada meow hepi sangat..sebab kat rumah sorang-sorang..
gendut kan perot die..hehe. |
huhu..siyes rindu sangat rasa nak nanges.call mak,mak cakap dia cari aku..nakje aku belikan dia henfon..huh!.harap Allah izinkan umur meow panjang untuk membahagiakan aku dan family...macam putih aku dulu 13 tahun dia dengan family aku..then mati..huhu..meow ni memang mirip putih..cume bulu meow kembang n lebat sikit dari putih..putih betina...meow jantan..hehe.Awal2 masa bawa meow balik dulu,mak and ayah bukan main bantah lagi aku nak bela meow..lepas dah 2tahun rumah tak bela kucing pas putih mati..tapi sekarang meow jadi kesayangan mak ayah and family..sebab kelincahan dia..;p huhu..nak tido la..meow..jaga diri elok2.jangan main kat tengah jalan tau..sebab kereta cikgu **** laju..huhu.. (macamlah meow ade blog!haha)..tak pelah..daa~
muke sedih sebab tau aku nak tinggakan dia. |
Mesti dia tunggu aku.huhu |
Rindu sangat! ;( |
Tuesday, May 3, 2011
Lelaki jadi 'BODOH' depan wanita CANTIK
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
Assalammualaikum.. :) hai kaum adam..anda dilarang sama sekali membaca entry aku kali ini ok...jangan degil atau mungkin akan menimbulkan kemarahan dalam diri anda terhadap kaum hawa ini.. ;p heh! Bacalah ..digalakkan baca...lelaki yang bodoh je taknak baca ( ishh,kerana mulut badan binasa..hahaha!).. supposely nak cakap.. " Siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya" (itu lebih molek kan darling) ;p kahkahkah.. Jangan marah nanti kena jual..Aku just nak kongsi article yang aku baca kat paper "BERITA HARIAN" -selasa 26 April 2011. (korang ada baca tak?kalau tak ada meh baca tajuk hot ni..hihi)
siapa tak kenal dia? ;) |
OK..korang pernah terpikir tak ekspresi keliru dan bosan lelaki time borak dengan perempuan cantik? macam dalam filem "there's something about Mary" just lakonan..silap kalau anggap macam tu.OK dah..jom baca paper blog :D
Akhbar Japan Today memetik laporan J-Cast mengenai kajian terbaru pakar psikologi di Universiti Radboud, Belanda, bahawa lelaki melakukan tindakan bodoh bila berinteraksi dengan wanita cantik. Idea diorang tu datang time ade la sorang penyelidik tu dia sendiri tak boleh ingat alamat rumah first time dia borak dengan perempuan cantik ataupun perempuan yang menarik minatnya. (takde lah cantik mana tapi suke..hehe ;p) > Dalam usaha nak buktikan teori diorang tu betol ke tak, penyelidik tu buat kajian kat 40 orang pelajar lelaki heteroseksual,(lapor J-Cast).
So, pelajar tu pun kena lah buat ujian memori yang standard je macam dorang kena hafal beberapa ayat then ulang balik. Dorang jugak kena cakap dengan kumpulan lain lelaki and perempuan sebelum ulang benda yang dorang hafal tu. Hasil daripada kajian tu, lelaki lebih lambat dan kurang tepat bagi jawapan after bual dengan kumpulan wanita cantik tu. Lebi menarik wanita itu pada mata mereka, lebih rendah markah. (kehkehkeh..padan muka kan ;p).Tapi yang mengejutkan tu! Bila ujian yang sama dibuat kat kumpulan wanita,tahap memori dorang sama..tak kira la cakap dengan lelaki atau perempuan.
Ahli psikologi tu cakap, hasil penyelidikan tu buktikan yang lelaki ni diprogramkan untuk berfikir cara untuk mewarisi genetik, dorang lebih fokus secara reproduktif berbanding wanita terutama bila berdepan dengan cabaran baru (Lapor J-Cast). Kajian tu ada implikasi terhadap keberkesanan pencapaian lelaki di tempat kerja, semasa bertemu rakan kongsi atau keputusan exam pelajar lelaki kat sekolah campur. If lelaki hlang fungsi kognitif time berbual dengan wanita cantik kat tempat kerja: LEBIH BAIK TIDAK MENGAMBILNYA BEKERJA DALAM SYARIKAT" : adalah sorang lelaki Jepun berusia 30-an yang kerja kat sebuah syarikat terkenal coz dia pun amek perempuan-perempuan cantik je kerja- Agensi.
Kesimpulan yang aku boleh buat: ye kot..dan terpulang pada individu kan..and kalau perempuan cakap dengan lelaki kacak camne plak an?hahah! :D hmm..kalau aku,nampak budak ensem ke kacak ke macho ke..mulut masti terus cakap dengan member.."hek eleh tak ensem lansung ahh..buta ke mata kau! lelaki jongos macam tu kau gila" hahahaha! jahat kan..dalam hati?wallaaaweehh..hihi..OOppss..sebenarnya elok la ikot cara aku ni ye kaum hawa..(yeke weh?) yela,aku bukan apa..nanti kang mamat tu perasan sangat pulak..lagi-lagi dapat pulak dalam kelas kang takleh blaja aku..Lecturer hensem ke..haha! Sebab,selalunya awl-awal tangok jer macho gila,hensem,kacak,bergaya and macam-macam lah..dah lama kenal rupanya hampeh perangai..haha! Aku dah try..cakap dari pengalaman..cheewaaah! and lain pulak orang yang dah bekerja kan..lelaki yang kena jumpa member opis.perempuan..cantik-cantik tu..hari-hari jumpa..terpikat..cian bini kat rumah,,heh! cian kat gf ke..tapi kalau couple ok la lagi..si gf apa lagi..cari baru jelah! (hehe,aku cakap kuat..but me?) daaaaa~ kweng3x..tapi kalau da kawen tu? alamak memang hancur la hati..
So, jadilah profesional kan :) ok..ape pendapat korang pulak?
Wednesday, April 20, 2011
hari ini 20 April 2011 :-)
4 tahun dah..
terima kasih. :-)
terima kasih
sangat-sangat
dengan semua
kenangan selama
4tahun ni..
TERIMA KASIH. :)
hanya ALLAH S.W.T
sahaja yang mampu balas
semuanya. :)
" TERIMA KASIH "
Thursday, April 14, 2011
♡♡[SURAT CINTA UNTUK CALON SUAMIKU]♡♡
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
♥ Dear Calon Suamiku, ♥
Apa khabar imanmu hari ini? Sudahkah harimu ini diawali dengan rasa syukur,kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini. Sudahkah air wudhu' menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang saat ini telah kau genggam?
♥ Wahai Calon Suamiku, ♥
Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dasyatnya?
Di sini aku ditempa untuk menjadi dewasa,agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan dan siap mendampingimu kelak. Miskipun kadang keluh dan putus asa menyergapi.Namun kini, ku rasakan diri ini lebih baik.
Kadang aku tertanya-tanya, kenapa Allah selalu mngujiku tepat di hatiku. Bahagian terapuh diriku. Namun kini aku tahu jawapannya. Allah tahu di mana tempat paling tepat agar aku senantiasa kembali mengingati-Nya. Ujian demi ujian Insya-Allah membuatku menjadi lebih tangguh, sehingga saat kelak kita bertemu, kau bangga telah memilikiku di hatimu.
♥ Calon Suamiku, ♥
Entah di mana engkau sekarang. Tapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin Dia kini tengah melatihmu menjadi mujahid yang tangguh hingga aku pun bangga memilikimu kelak. Apa yang kuharapkan darimu adalah kesalihan. Semoga sama halnya dengan dirimu. Kerana apabila kecantikan yang kau harapkan dariku, hanyalah kesia-siaan yang akan kau dapati.
Aku masih haus dengan ilmu. Namun berbekal ilmu yang ada saat ini, aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah dan darimu suamiku.
♥ Wahai Calon Suamiku, ♥
Saat aku masih menjadi asuhan ayah dan bundaku, tidak lain doaku agar aku menjadi anak yang solehah agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat. Namun nanti setelah menjadi isterimu, aku berharap dapat menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga cukup aku menjadi bidadarimu, mendampingi dirimu yang soleh. Aku ini pencemburu berat. Tapi kalau Allah dan RasulAllah lebih kau cintai lebih dariku,aku rela.Aku harap begitu pula dirimu. Aku yakin kaulah yang kubutuhkan meskipun kau bukanlah orang yang aku harapkan.
♥ Calon Suamiku Yang Dirahmati Allah, ♥
Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita, takkan ku namai gubuk itu dengan gubuk derita. Kerana itulah markas dakwah kita, dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih.. Ketika kelak telah lahir generasi penerus dakwah islam dari pernikahan kita, Bantu aku untuk bersama mendidiknya dengan harta yang halal, ilmu yang bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah Taala.
Bunga akan indah pada waktunya. Iaitu ketika bermekaran menghiasi taman. Maka kini, tengah kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya., bersiap menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku. Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meskipun bukan umat yang terbaik, tetapi setidaknya menjadi yang terbaik di sisimu kelak.
♥ Calon Suamiku, ♥
Inilah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata. Seperti kata orang tidak semua yang kurasakan dapat kuungkapkan dengan kata-kata. Itulah kini yang telah kuhadapi. Kelak saat kita telah bersama, maka di situlah kau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu.
Bersabarlah calon suamiku,..Doaku selalu agar Allah memudahkan jalanmu tuk menjemputku sebagai bidadarimu...Semoga Allah selalu menjagamu agar tak tersentuh bukan mahrammu, meski hanya seujung kuku. Agar kau bisa mempersembahkan dirimu seutuhnya untukku. Seperti halnya aku, Yang ingin mempersembahkan diriku seutuhnya hanya untukmu.
Sudah Dulu Ya Calon Suamiku,
Salam Cintaku Untukmu..
Waalaikumussalamwarahmatullahhiwabarakatuh.
Calon Isterimu:♡
Norhadilah Bt Hadzir.
"Ceewaahhh! hamboii si hadilah bukan main lagi kan?? hehehe! hmmm...haruslah! :D takpe kan? kan? kawan aku pun 22 da kawen..tak kan aku tak boleh lagi pikir pasal ni..kang andartu kang..huhu..Nauzubillah Min Zalikh..Hmm...credit pada siapa yang buat video ni..and surat cinta ni..aku suka sangat!! memang mendalam sangat kat hati..buat aku kuat!heh! yeke..? lalalala~ yelaa...buat diri tak lupa asal usul cinta suci yang sebenarnya..."JODOH DARI ALLAH" lah.. :) Insyaallah..huhu..sentiasa berpegang pada ayat suci ni..Hope tak penah lupa nanti..bila kecewa or wut ever..
"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laik-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dari tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka itu ampunan dan rezeki yang mulia." [AN-NUR:26]
OK..inilah videonya..korang leh tengok sendiri..siap ada lagu..lagi feel! :) huhu. Really love it! Semoga dapat memperbaiki diri lepas ni..even sikit..kadang-kadang jeles sangat tengok orang couple-couple tunjuk2 kat facebook! siyes!hahaha...tapi..tak apalah.kadang-kadang meluat gak melampau-lampau gambar dorang macam dah kawen..biasalah tu kan..hmmm..apelah hadilah! Mak tahu nanti habis..Mak aku memang tak galak aku couple..huhu..ok..dengar cakap..tapi senyap-senyap tu??hehe! jeng..jeng ..jeng..! nak exam..kerjaan manyak! sempat lagi aku tulis surat cinta!! hahaha!..da la.. papai!
Thursday, March 31, 2011
kisah antara PASIR dan BATU
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
Kisah ini menceritakan tentang dua sahabat yang berjalan merentasi gurun pasir. Ketika dalam perjalanan itu mereka mula bertengkar dan yang satu menampar pipi sahabatnya.
Yang ditampar pipinya hatinya terluka, tapi tanpa berkata sepatah kata pun dia kemudian menulis di pasir.
" Hari ini sahabat baikku menampar wajahku"
Mereka meneruskan perjalanan sampai berjumpa oasis, di mana meraka memutuskan untuk berehat dan mandi.
Tetapi orang yang wajahnya ditampar terjatuh ke dalam pasir jerlus dan mula tenggelam.Namun sahabatnya berjaya menyelamatkannya.
Setelah pulih keadaannya,dia mengukir kalimat di sebuah batu:
" Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan hidupku"
Orang yang telah menampar sahabatnya dan kemudian menolongnya lalu berkata:
" Setelah aku menampar, kamu menulis di pasir dan sekarang menulis di batu, kenapa begitu?"
Sahabat yang ditanya menjawab:
Gambar hiasan by : Hadilah & Atikah |
Belajarlah untuk menuliskan kepedihanmu di pasir dan mengukir pengalaman baikmu di batu.
Orang bijak berkata:
kita memerlukan waktu 1 minit untuk dapat menemukan seseorang yang istimewa, 1 jam untuk kita menghargainya, 1 hari untuk kita menyukai dan mengasihi. Tetapi memerlukan waktu seumur hidup untuk melupakannya.
Ciptakan waktu untuk kehidupan!
Friday, March 18, 2011
Pakai jilbab yang labuh tu macam orang tua la..HODOH!!
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
OK..sudahla tu..nak kongsi satu pengalaman yang aku lalui...yang mungkin bermakna atau tak atau biasa-biasa buat korang terpulanglah.. (pokok dek kau!) Al-kisah,suatu hari...seorang anak menemani si ibu membeli-belah barangan keperluan di suatu tempat..yang bernama tettttt!! (huh,aku la tu)..yela..maklomlah orang perempuan yang da jadi suri rumah tangga ni haa kena la gi beli barang-barang dapur kan..best jugak jalan dengan mak..nak ape je amek..mak bayar...( hehe!mak siap-siap tulis dalam buku lima kita tak tahu kan?) jalan punya jalan,jalan lagi..macam-macam dah ambil...maka,pergila bayar..huh! ok,..jalan lagi..jalan lagi..tengok-tengok..tengok sana.tengok sini..cuci mata sana..cuci mata sini..heh! wahh!! cantiklah! jom mak,adik nak tengok situ (maka,berkatalah aku kepada emak).
Dan meneruskan langkah kakiku kekok itu."Mak,cantiklah tudung ni,adik MACAM nak lah..boleh?" hehe! kalau aku dah kata macam tu..memang nak lah.. ;-p (biasalah mengayat dulu) "Boleh dik...satu kedai pun nak amek ,amek je" hahahah! yer...yer..tau dah tu..lalu,lantas...apetah.. aku pilih la yang mana aku berkenan..try test cuba kat kedai tu..macam best lak tudung ni...senang lah aku nak pakai nanti..Encik penjual pun datang kat aku. "yer adik,nak yang mana satu?pilih..semua sesuai kat muka adik..cantik" (eleh!nak suruh orang beli ada jela kan..pandai la ayat aku!hih! ;-p) "ermm.tulahkan .sesuai kan?ni yang nak beli ni haa..jap pilih" (muka poyo sikit la aku pilih..berjam-jam kalau bab memilih ni) "encik penjual,takde ke yang labuh sikit..pendek sangat ni haa ape pulak rupanya" , "ada.." encik penjual pun hulur la yang lain kat aku..aku try yest lagi..yang kali ni ok la dari tadi..labuh sikit. then,aku request lagi "encik penjual,ada tak yang labuh lagi sikit dari yang ni"
Maka,dijawabnya dengan rasa bangga:
"tak ada jual lah..ada yang ini je..ok lah ni..cantik..sesuai dengan awak"
"ye,saya tau tapi nak yang labuh dari ni la sikit"
"ala..ramai je yang pakai paras yang macam ni sekarang,ok je"
"yer,saya tau tu..tapi saya taknak..alahai..tak kan tak ada kot"
"tak payah la nak cari yang labuh-labuh buat apa?tak cantikla..macam orang tua je"
muahahaha! giler sedih dengar "LELAKI ISLAM" cakap macam tu kat perempuan seagama dengan dia..ohh!! come on lah AR-RIJAL!! tiba-tiba macam aku naik hangin kat situ..even,aku ni bukan la jenis yang pakai tudung labuh-labuh tuh..tapi aku pon hormat orang yang pakai tudung labuh and aku jaga lagi kat paras mana tudung aku tuh..hope so..(tak tahu la pulak yang free hair amacam an?)geram..
"owh,yeke bro??pakai tudung labuh tu tak cantik?hodoh ea?? saya pon takde lah pakai labuh mana pun tapi awak tahu kan dalam islam tu kat mana paras tudung wanita tu sepatutnya?tak salah kan kalau saya nak pakai dan beli dengan kehendak saya?"
"yela..saya tau..kalau nak diikotkan islam ni memang banyak pantang larangnya"
"soo..what??"
"kalau saya jual yang labuh-labuh tak ada orang nak beli"
"tu sebabla kedai awak ni tak laku"
huh! aku terus blaa...nyampah pulak dengan encik penjual tu.bukan la aku ni nak jadi ustazah pun kat situ nak bagi ceramah ke ape ke..tapi hormat la sikit dengan customer ke..hak pelanggan ke hape ke..blaaa...blaaa...blaaa..encik penjual tuh pon macam tak puas hati dengan aku..lantak kaulah..aku tau kalau aku terlepas sesuatu tu..mesti kat depan tu ada yang lebih bagus dan baik! ooooyeehhhh!! betol dan tepat sekali..aku jumpa shawl yang aku suka...ape lagi...beli! ok..puas hati.. =) lagi cantik dari tudung tadi..yeayy!! yeayyy!! thanks mak! love u so much! nanti adik belanja mak pulak.. (huhuhu...tak sabar nak ada duit sendiri banyak-banyak).Renungan buat sesama jenis..HAWA: "harap kita sama-sama perbaiki"
Tudung telah diWAJIBkan oleh Allah dalam firmanNya yang amat jelas:
“…Dan hendaklah mereka (wanita beriman) menutup kain tudung mereka ke paras dada…” [TMQ an-Nur:31]
Aku tak sesempurna mana pun..tapi aku sedar dan terus berusaha untuk perbaiki diri jadi yang sempurna. Hopefully, istiqamah dengan apa yang aku buat selama ni..yela..kadang-kadang kita tak boleh nak judge orang tu luaran nya..tapi kalau dan baju macam tak cukup kain dan tersembul sana sini siapa lah tak panggil bohsia kan..sia-sia je! Subhanallah..nauzubillah min zalikh..Moga Allah lindungi aku selalu..boleh je kalau nak pakai tudung labuh-labuh tu..pernah jer pakai dulu..masa sekolah...siyes! rindu saat-saat kat sekolah tu..masa form 1 mula-mula masuk tudung terlebih labuh..angin terbang sampai ada budak panggil layang-layang!hahha..siapalah tu kan...biarla di mata manusia nampak hodoh tapi di mata ALLAH, Dia sahaja yang tahu..siapa cakap tak cantik bertudung labuh..cantik tau! meh sini tengok....
INSYAALLAH.
Thursday, March 10, 2011
McDonalds dan Monyet/Berok tu ada kaitan. tau tak?
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
yummiiii!! sedapnya! kan..kan? siapa la yang tak makan fries ni meh bagi aku..dapat pulak tengah panas-panas tu memang nikmat untuk menikmati. ;-p ( crazy ) kalau makan mekdi tak sah kalau tak ada fries. kalau tak ada fries macammana? (beli la..tambah! cammana pulak kan?) aisshhh...Mukaddimah sudah..o.k sambung lagi. Agak-agak korang rasa apa kaitan mekdi ni dengan monyet/berok?? uiihh..daging burgernya ka?kandungan perisa ka? or apa-apa aja lah yang korang rasa agak-agak penyebab mekdi sedap sangat kat mulot korang tuh! (termasuklah aku...ngeh3x! ;-p) jom korek rahsia entry kali ni.
ni haa...abang hensem ni..monyet ke berok ke tak kesah lah..sebenarnya kan..harini 9/3/2011 ,pada jam 1.30 p.m...FRIES MEKDI AKU KENE CURI KAT NYET ni weh!! wallaawehhh..melopong kakak! ini bukan main-main or cobaan ke hape ke tapi ni memang betol-betol..terkilan tak tau la kempunan ke tak pulak kan..sebab tak sentuh pun lagi fries tuh...tinjau pun tak lagi dalam paper bag tu..damn!haha... Al-kisahnya, aku dan 'bff' aku gi lunch..buat la drive thru je..nak makan tuh,nak cari port baik la kononnya kan..wawawa..salah tempat ka? adakah kami makan dalam hutan??kihkihkih..nope.. kami makan di taman gitu.. ;-p (hihi,jangan jeles!) kitorang bukan main riang la bawak Mcflurry (mango..sedap!) sluurrpp! aku lagi suka oreo actually..hehe! da bff aku beli..makan je la kan.. pastu ada ayam,bubur dan tentulah fries!! dan air..kongsi jer..kang membazir pulak. (jimat duit..nak kawen..heh!lain pulak.) kekeke.
eskem dah habis makan..makan ayam dan bubur..syok! bau ayam ni dah menusuk-nusuk jantung dan kalbu! ;-p (fries tak usik-usik lagi tu) sebok duk makan benda lain kan..gelak-gelak seronok sangat.borak-borak..teetttt!! tiba-tiba.."dilah,tengok belakang tuh..kang dia ambil kang" (Ya Allah..tuhan je tau aku terkejot berok camne..berok tu pon tak terkejot macam aku) hihi.. "waa...besarnya weh berok ni! jom blaa!" (aku dah berdiri dah dari meja..bff aku dok lagi makan ayam..eskem tu sempat lak dia sambung balik..kasi licin lagi...boleh plak dia gelakkan aku.(ye arr muka cuak gila kot) siyes!! berok tu memang garang muka dia...berok bulu perang tuh..mak aku penah cakap berok warna tu bahaya sikit.."syooohh!!syooohhh!!" bff aku dok halau berok tu..then berok hensem tu blaahh laa...huh! lega kakak. maka,kami sambung la makan.
adoiii..tak habis cerita lagi ni.. ;-p. tak sempat nak snap picture.takot fon plak kena amek.haha.
Haaaaa....hamek ko! datang lagi sekor..anaknya kot...tapi aku rasa tadi tu bapaknya..coz hensem dan macho semacam muka dia..hahah! siot gila.baget dah blaa datang pulak kaum kerabat diorang..huhu!nasib baik kecik..boleh la aku berlagak "syohhh..syoohh..jugak" hihi...nyet tu tersipu-siput la kat tepi pokok tunggu aku bagi makan..saat yang dinantikan..makan ayam bersama bubur amat nikmat! bau ayam yang mengasyikkan..wuuuhuuu...tiba-tiba! berok besar tuh patah balik weh...kali ni memang betol-betol belakang aku! memang nak nangis dah aku..boleh pulak berok tu g duk kat kerusi sebelah aku..kat meja bulat kayu..dia duk mengadah muka nak ayam.."syooohhh...syooohhh" bff aku dok syohhh lagi..aku da standby berdiri nak pecut. takleh blaa...berok tu angguk-anguk kepala gaya memang macam bagus gila. (tak tahan aku leh gelak gak dalam cuak). memang takot! semacam bengis da..kang tak pasal aku kena terkam..pastu sawan berok kang..aku capai arr ape yang patot.ayam dulu!bubur..air..fries??damn!! tak sempat..berok tu rampas!uhhh..terkejot!takot..hoho!(fav aku!) pantang betol orang cari gaduh! tapi kalau dengan berok???apa cer kan??
dah..dah..cabot la! memang tak boleh blaa...gaduh pon tak guna! halalkan je la..hamek la ko...cian dia..bagi je la..langkah keselamatan kan...nasib baik laa ada bro yang jaga kat taman tu datang tolong selamatkan kitorang..bff aku pon tak boleh nak buat apa..memang saat-saat genting..kang kalau lari tiba-tiba kena kejar plak..tak kan dia nak lari tinggalkan aku kena kitai ngan berok kan??wahaahha! lucky!bro tu datang sergah berok tu! memang tercampak fries tu..pandang je la kan..berok tu lari kejap je.dia panjat pokok dekat-dekat situ.. "dik,dia ni memang samseng sikit kat sini..memang suka kacau orang...bahaya sikit dia ni"wah..da abang tu cakap bahaya...angkat kaki laa..huhu! kacau daun betol...kitorang blaa cepat-cepat..pusing belakang tengok berok tu capai balik fries..and bawa mana ntah,,teringin sangat dah dia kot..then..kami makan dalam kereta saja! ;-p huhu...ingat nak gi main basikal pulak pusing-pusing kat taman..romantik gitu.macam cita full house kan?? (hadilah..stop it!berangan) actually...kenangan ni memang tak kan lupa..lagi dengan bff tu.. ;-) rasa kelakar jer.. ;-p . tiada fries untuk hadilah kali ini. (fullstop!)
Lokasi : dirahsiakan ;-p
Waktu : 1.30 pm
Tarikh : 9/03/2011
Moral : lain kali makan kat restorannya aje.hehe!
Sunday, March 6, 2011
Sekali-sekala layan.^-^
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
Sunday, February 27, 2011
Buatmu Ar-Rijal
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
Jika ada jodoh antara kita
aku harapkan kau datang kepadaku
dalam keadaan imanmu
terpahat di dada
kerana, aku perlukan imanmu
sebagai nadi dan
sinar buatku dan zuriatku
menuju syurgaNya.
Dan andai kata,
bukan jua jodohku bersamamu,
semai dan bajailah benih imanmu itu
tulus ke hatimu
agar kau tetap menjadi
akar tunjang sesebuah keluarga.
"woman was made from the rib of manshe was not ceated from head to tophim,nor from his feet to be stepped upon,she was made from his side to be close tohim,from beneath his arm to be protected byhim,near his heart to be love by him."
Subscribe to:
Posts (Atom)