Thursday, March 31, 2011

kisah antara PASIR dan BATU

Posted by Hadilah at 1:40 AM 0 comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

 Kisah ini menceritakan tentang dua sahabat yang berjalan merentasi gurun pasir. Ketika dalam perjalanan itu mereka mula bertengkar dan yang satu menampar pipi sahabatnya.

Yang ditampar pipinya hatinya terluka, tapi tanpa berkata sepatah kata pun dia kemudian menulis di pasir.

" Hari ini sahabat baikku menampar wajahku"

Mereka meneruskan perjalanan sampai berjumpa oasis, di mana meraka memutuskan untuk berehat dan mandi.

Tetapi orang yang wajahnya ditampar terjatuh ke dalam pasir jerlus dan mula tenggelam.Namun sahabatnya berjaya menyelamatkannya.

Setelah pulih keadaannya,dia mengukir kalimat di sebuah batu:

" Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan hidupku"

Orang yang telah menampar sahabatnya dan kemudian menolongnya lalu berkata:

" Setelah aku menampar, kamu menulis di pasir dan sekarang menulis di batu, kenapa begitu?"

Sahabat yang ditanya menjawab:

Gambar hiasan by : Hadilah & Atikah

Belajarlah untuk menuliskan kepedihanmu di pasir dan mengukir pengalaman baikmu di batu.

Orang bijak berkata:

 kita memerlukan waktu 1 minit untuk dapat menemukan seseorang yang istimewa, 1 jam untuk kita menghargainya, 1 hari untuk kita menyukai dan mengasihi. Tetapi memerlukan waktu seumur hidup untuk melupakannya.

Ciptakan waktu untuk kehidupan!


Friday, March 18, 2011

Pakai jilbab yang labuh tu macam orang tua la..HODOH!!

Posted by Hadilah at 12:25 AM 6 comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

Sesungguhnya aku berlindung kepada Mu Tuhan dari syaitan yang direjam. Terkilan..teringat sampai harini..Aku bukan sesiapa nak berkata pada sesiapa...kalau da jadi sesiapa nanti..kalau cakap kasi seliper mungkin boleh melekat kat muka.. weeekkss! Jilbab?tau tak jilbab tu apa? tudung la..yang pakai kat kepala tu haa..macam-macam dah trend sekarang..kadang-kadang tengok dah macam bungkus pocong pun ada jugak.. ( tak dinafikan,aku pun suka ikut trend tapi tengok jugakla yang mana..hehe!). macam mana pon style tudung or jenisnya sekarang aku tetap suka tudung bawal...sebab sedap bawal tu buat masak kicap. (damn! ;-p) so,kalau sesiapa tu yang nak bagi aku hadiah tu..bagi la tudung bawal..bawal no 1 tau! kekekeke..


OK..sudahla tu..nak kongsi satu pengalaman yang aku lalui...yang mungkin bermakna atau tak atau biasa-biasa buat korang terpulanglah.. (pokok dek kau!) Al-kisah,suatu hari...seorang anak menemani si ibu membeli-belah barangan keperluan di suatu tempat..yang bernama tettttt!! (huh,aku la tu)..yela..maklomlah orang perempuan yang da jadi suri rumah tangga ni haa kena la gi beli barang-barang dapur kan..best jugak jalan dengan mak..nak ape je amek..mak bayar...( hehe!mak siap-siap tulis dalam buku lima kita tak tahu kan?) jalan punya jalan,jalan lagi..macam-macam dah ambil...maka,pergila bayar..huh! ok,..jalan lagi..jalan lagi..tengok-tengok..tengok sana.tengok sini..cuci mata sana..cuci mata sini..heh! wahh!! cantiklah! jom mak,adik nak tengok situ (maka,berkatalah aku kepada emak).

Dan meneruskan langkah kakiku kekok itu."Mak,cantiklah tudung ni,adik MACAM nak lah..boleh?" hehe! kalau aku dah kata macam tu..memang nak lah.. ;-p (biasalah mengayat dulu) "Boleh dik...satu kedai pun nak amek ,amek je" hahahah! yer...yer..tau dah tu..lalu,lantas...apetah.. aku pilih la yang mana aku berkenan..try test cuba kat kedai tu..macam best lak tudung ni...senang lah aku nak pakai nanti..Encik penjual pun datang kat aku. "yer adik,nak yang mana satu?pilih..semua sesuai kat muka adik..cantik" (eleh!nak suruh orang beli ada jela kan..pandai la ayat aku!hih! ;-p) "ermm.tulahkan .sesuai kan?ni yang nak beli ni haa..jap pilih" (muka poyo sikit la aku pilih..berjam-jam kalau bab memilih ni) "encik penjual,takde ke yang labuh sikit..pendek sangat ni haa ape pulak rupanya" , "ada.." encik penjual pun hulur la yang lain kat aku..aku try yest lagi..yang kali ni ok la dari tadi..labuh sikit. then,aku request lagi "encik penjual,ada tak yang labuh lagi sikit dari yang ni"
Maka,dijawabnya dengan rasa bangga:

"tak ada jual lah..ada yang ini je..ok lah ni..cantik..sesuai dengan awak"


"ye,saya tau tapi nak yang labuh dari ni la sikit"


"ala..ramai je yang pakai paras yang macam ni sekarang,ok je"


"yer,saya tau tu..tapi saya taknak..alahai..tak kan tak ada kot"


"tak payah la nak cari yang labuh-labuh buat apa?tak cantikla..macam orang tua je"

muahahaha! giler sedih dengar "LELAKI ISLAM" cakap macam tu kat perempuan seagama dengan dia..ohh!! come on lah AR-RIJAL!! tiba-tiba macam aku naik hangin kat situ..even,aku ni bukan la jenis yang pakai tudung labuh-labuh tuh..tapi aku pon hormat orang yang pakai tudung labuh and aku jaga lagi kat paras mana tudung aku tuh..hope so..(tak tahu la pulak yang free hair amacam an?)geram..

"owh,yeke bro??pakai tudung labuh tu tak cantik?hodoh ea?? saya pon takde lah pakai labuh mana pun tapi awak tahu kan dalam islam tu kat mana paras tudung wanita tu sepatutnya?tak salah kan kalau saya nak pakai dan beli dengan kehendak saya?"


"yela..saya tau..kalau nak diikotkan islam ni memang banyak pantang larangnya"


"soo..what??"


"kalau saya jual yang labuh-labuh tak ada orang nak beli"


"tu sebabla kedai awak ni tak laku"

huh! aku terus blaa...nyampah pulak dengan encik penjual tu.bukan la aku ni nak jadi ustazah pun kat situ nak bagi ceramah ke ape ke..tapi hormat la sikit dengan customer ke..hak pelanggan ke hape ke..blaaa...blaaa...blaaa..encik penjual tuh pon macam tak puas hati dengan aku..lantak kaulah..aku tau kalau aku terlepas sesuatu tu..mesti kat depan tu ada yang lebih bagus dan baik! ooooyeehhhh!! betol dan tepat sekali..aku jumpa shawl yang aku suka...ape lagi...beli! ok..puas hati.. =) lagi cantik dari tudung tadi..yeayy!! yeayyy!! thanks mak! love u so much! nanti adik belanja mak pulak.. (huhuhu...tak sabar nak ada duit sendiri banyak-banyak).Renungan buat sesama jenis..HAWA: "harap kita sama-sama perbaiki"


Tudung telah diWAJIBkan oleh Allah dalam firmanNya yang amat jelas: 
“…Dan hendaklah mereka (wanita beriman) menutup kain tudung mereka ke paras dada…” [TMQ an-Nur:31]

Aku tak sesempurna mana pun..tapi aku sedar dan terus berusaha untuk perbaiki diri jadi yang sempurna. Hopefully, istiqamah dengan apa yang aku buat selama ni..yela..kadang-kadang kita tak boleh nak judge orang tu luaran nya..tapi kalau dan baju macam tak cukup kain dan tersembul sana sini siapa lah tak panggil bohsia kan..sia-sia je! Subhanallah..nauzubillah min zalikh..Moga Allah lindungi aku selalu..boleh je kalau nak pakai tudung labuh-labuh tu..pernah jer pakai dulu..masa sekolah...siyes! rindu saat-saat kat sekolah tu..masa form 1 mula-mula masuk tudung terlebih labuh..angin terbang sampai ada budak panggil layang-layang!hahha..siapalah tu kan...biarla di mata manusia nampak hodoh tapi di mata ALLAH, Dia sahaja yang tahu..siapa cakap tak cantik bertudung labuh..cantik tau! meh sini tengok....






INSYAALLAH.

Thursday, March 10, 2011

McDonalds dan Monyet/Berok tu ada kaitan. tau tak?

Posted by Hadilah at 1:45 AM 3 comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ


yummiiii!! sedapnya! kan..kan? siapa la yang tak makan fries ni meh bagi aku..dapat pulak tengah panas-panas tu memang nikmat untuk menikmati. ;-p ( crazy ) kalau makan mekdi tak sah kalau tak ada fries. kalau tak ada fries macammana? (beli la..tambah! cammana pulak kan?) aisshhh...Mukaddimah sudah..o.k sambung lagi. Agak-agak korang rasa apa kaitan mekdi ni dengan monyet/berok?? uiihh..daging burgernya ka?kandungan perisa ka? or apa-apa aja lah yang korang rasa agak-agak penyebab mekdi sedap sangat kat mulot korang tuh! (termasuklah aku...ngeh3x! ;-p) jom korek rahsia entry kali ni.


ni haa...abang hensem ni..monyet ke berok ke tak kesah lah..sebenarnya kan..harini 9/3/2011 ,pada jam 1.30  p.m...FRIES MEKDI AKU KENE CURI KAT NYET ni weh!! wallaawehhh..melopong kakak! ini bukan main-main or cobaan ke hape ke tapi ni memang betol-betol..terkilan tak tau la kempunan ke tak pulak kan..sebab tak sentuh pun lagi fries tuh...tinjau pun tak lagi dalam paper bag tu..damn!haha... Al-kisahnya, aku dan 'bff' aku gi lunch..buat la drive thru je..nak makan tuh,nak cari port baik la kononnya kan..wawawa..salah tempat ka? adakah kami makan dalam hutan??kihkihkih..nope.. kami makan di taman gitu.. ;-p (hihi,jangan jeles!) kitorang bukan main riang la bawak Mcflurry (mango..sedap!) sluurrpp! aku lagi suka oreo actually..hehe! da bff aku beli..makan je la kan.. pastu ada ayam,bubur dan tentulah fries!! dan air..kongsi jer..kang membazir pulak. (jimat duit..nak kawen..heh!lain pulak.) kekeke.


eskem dah habis makan..makan ayam dan bubur..syok! bau ayam ni dah menusuk-nusuk jantung dan kalbu! ;-p (fries tak usik-usik lagi tu) sebok duk makan benda lain kan..gelak-gelak seronok sangat.borak-borak..teetttt!! tiba-tiba.."dilah,tengok belakang tuh..kang dia ambil kang" (Ya Allah..tuhan je tau aku terkejot berok camne..berok tu pon tak terkejot macam aku) hihi.. "waa...besarnya weh berok ni! jom blaa!" (aku dah berdiri dah dari meja..bff aku dok lagi makan ayam..eskem tu sempat lak dia sambung balik..kasi licin lagi...boleh plak dia gelakkan aku.(ye arr muka cuak gila kot) siyes!! berok tu memang garang muka dia...berok bulu perang tuh..mak aku penah cakap berok warna tu bahaya sikit.."syooohh!!syooohhh!!" bff aku dok halau berok tu..then berok hensem tu blaahh laa...huh! lega kakak. maka,kami sambung la makan.
adoiii..tak habis cerita lagi ni.. ;-p. tak sempat nak snap picture.takot fon plak kena amek.haha.


Haaaaa....hamek ko! datang lagi sekor..anaknya kot...tapi aku rasa tadi tu bapaknya..coz hensem dan macho semacam muka dia..hahah! siot gila.baget dah blaa datang pulak kaum kerabat diorang..huhu!nasib baik kecik..boleh la aku berlagak "syohhh..syoohh..jugak" hihi...nyet tu tersipu-siput la kat tepi pokok tunggu aku bagi makan..saat yang dinantikan..makan ayam bersama bubur amat nikmat! bau ayam yang mengasyikkan..wuuuhuuu...tiba-tiba! berok besar tuh patah balik weh...kali ni memang betol-betol belakang aku! memang nak nangis dah aku..boleh pulak berok tu g duk kat kerusi sebelah aku..kat meja bulat kayu..dia duk mengadah muka nak ayam.."syooohhh...syooohhh" bff aku dok syohhh lagi..aku da standby berdiri nak pecut. takleh blaa...berok tu angguk-anguk kepala gaya memang macam bagus gila. (tak tahan aku leh gelak gak dalam cuak). memang takot! semacam bengis da..kang tak pasal aku kena terkam..pastu sawan berok kang..aku capai arr ape yang patot.ayam dulu!bubur..air..fries??damn!! tak sempat..berok tu rampas!uhhh..terkejot!takot..hoho!(fav aku!) pantang betol orang cari gaduh! tapi kalau dengan berok???apa cer kan??



dah..dah..cabot la! memang tak boleh blaa...gaduh pon tak guna! halalkan je la..hamek la ko...cian dia..bagi je la..langkah keselamatan kan...nasib baik laa ada bro yang jaga kat taman tu datang tolong selamatkan kitorang..bff aku pon tak boleh nak buat apa..memang saat-saat genting..kang kalau lari tiba-tiba kena kejar plak..tak kan dia nak lari tinggalkan aku kena kitai ngan berok kan??wahaahha! lucky!bro tu datang sergah berok tu! memang tercampak fries tu..pandang  je la kan..berok tu lari kejap je.dia panjat pokok dekat-dekat situ.. "dik,dia ni memang samseng sikit kat sini..memang suka kacau orang...bahaya sikit dia ni"wah..da abang tu cakap bahaya...angkat kaki laa..huhu! kacau daun betol...kitorang blaa cepat-cepat..pusing belakang tengok berok tu capai balik fries..and bawa mana ntah,,teringin sangat dah dia kot..then..kami makan dalam kereta saja! ;-p huhu...ingat nak gi main basikal pulak pusing-pusing kat taman..romantik gitu.macam cita full house kan?? (hadilah..stop it!berangan) actually...kenangan ni memang tak kan lupa..lagi dengan bff tu.. ;-) rasa kelakar jer.. ;-p . tiada fries untuk hadilah kali ini. (fullstop!)




Lokasi : dirahsiakan ;-p
Waktu : 1.30 pm
Tarikh : 9/03/2011
Moral : lain kali makan kat restorannya aje.hehe!



Sunday, March 6, 2011

Sekali-sekala layan.^-^

Posted by Hadilah at 12:27 AM 0 comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

macam best la pulak layan lagu ni haa...mata pon dah naik ngantuk...esok ada test.layan la lagu jap before tido nak bagi lena..mudah-mudahan ada la mimpi best kan..hehe! haa...pause kan playlist dulu kalau nak fahamkan liriknya..so romantic! wallawehh!! hehe.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♡"keep.your.secret."♡ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal