Tuesday, May 3, 2011

Lelaki jadi 'BODOH' depan wanita CANTIK

Posted by Hadilah at 5:59 PM 2 comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

Assalammualaikum.. :) hai kaum adam..anda dilarang sama sekali membaca entry aku kali ini ok...jangan degil atau mungkin akan menimbulkan kemarahan dalam diri anda terhadap kaum hawa ini.. ;p heh! Bacalah ..digalakkan baca...lelaki yang bodoh je taknak baca ( ishh,kerana mulut badan binasa..hahaha!).. supposely nak cakap.. " Siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya" (itu lebih molek kan darling) ;p kahkahkah.. Jangan marah nanti kena jual..Aku just nak kongsi article yang aku baca kat paper "BERITA HARIAN" -selasa 26 April 2011. (korang ada baca tak?kalau tak ada meh baca tajuk hot ni..hihi)

siapa tak kenal dia? ;)

OK..korang pernah terpikir tak ekspresi keliru dan bosan lelaki time borak dengan perempuan cantik? macam dalam filem "there's something about Mary" just lakonan..silap kalau anggap macam tu.OK dah..jom baca paper blog :D




Akhbar Japan Today memetik laporan J-Cast mengenai  kajian terbaru pakar psikologi di Universiti Radboud, Belanda, bahawa lelaki melakukan tindakan bodoh bila berinteraksi dengan wanita cantik. Idea diorang tu datang time ade la sorang penyelidik tu dia sendiri tak boleh ingat alamat rumah first time dia borak dengan perempuan cantik ataupun perempuan yang menarik minatnya. (takde lah cantik mana tapi suke..hehe ;p) > Dalam usaha nak buktikan teori diorang tu betol ke tak, penyelidik tu buat kajian kat 40 orang pelajar lelaki heteroseksual,(lapor J-Cast).

So, pelajar tu pun kena lah buat ujian memori yang standard je macam dorang kena hafal beberapa ayat then ulang balik. Dorang jugak kena cakap dengan kumpulan lain lelaki and perempuan sebelum ulang benda yang dorang hafal tu. Hasil daripada kajian tu, lelaki lebih lambat dan kurang tepat bagi jawapan after bual dengan kumpulan wanita cantik tu. Lebi menarik wanita itu pada mata mereka, lebih rendah markah. (kehkehkeh..padan muka kan ;p).Tapi yang mengejutkan tu! Bila ujian yang sama dibuat kat kumpulan wanita,tahap memori dorang sama..tak kira la cakap dengan lelaki atau perempuan.

Ahli psikologi tu cakap, hasil penyelidikan tu buktikan yang lelaki ni diprogramkan untuk berfikir cara untuk mewarisi genetik, dorang lebih fokus secara reproduktif berbanding wanita terutama bila berdepan dengan cabaran baru (Lapor J-Cast). Kajian tu ada implikasi terhadap keberkesanan pencapaian lelaki di tempat kerja, semasa bertemu rakan kongsi atau keputusan exam pelajar lelaki kat sekolah campur. If lelaki hlang fungsi kognitif time berbual dengan wanita cantik kat tempat kerja: LEBIH BAIK TIDAK MENGAMBILNYA BEKERJA DALAM SYARIKAT" : adalah sorang lelaki Jepun berusia 30-an yang kerja kat sebuah syarikat terkenal coz dia pun amek perempuan-perempuan cantik je kerja- Agensi.

Kesimpulan yang aku boleh buat: ye kot..dan terpulang pada individu kan..and kalau perempuan cakap dengan lelaki kacak camne plak an?hahah! :D hmm..kalau aku,nampak budak ensem ke kacak ke macho ke..mulut masti terus cakap dengan member.."hek eleh tak ensem lansung ahh..buta ke mata kau! lelaki jongos macam tu kau gila" hahahaha! jahat kan..dalam hati?wallaaaweehh..hihi..OOppss..sebenarnya elok la ikot cara aku ni ye kaum hawa..(yeke weh?) yela,aku bukan apa..nanti kang mamat tu perasan sangat pulak..lagi-lagi dapat pulak dalam kelas kang takleh blaja aku..Lecturer hensem ke..haha! Sebab,selalunya awl-awal tangok jer macho gila,hensem,kacak,bergaya and macam-macam lah..dah lama kenal rupanya hampeh perangai..haha! Aku dah try..cakap dari pengalaman..cheewaaah! and lain pulak orang yang dah bekerja kan..lelaki yang kena jumpa member opis.perempuan..cantik-cantik tu..hari-hari jumpa..terpikat..cian bini kat rumah,,heh! cian kat gf ke..tapi kalau couple ok la lagi..si gf apa lagi..cari baru jelah! (hehe,aku cakap kuat..but me?) daaaaa~ kweng3x..tapi kalau da kawen tu? alamak memang hancur la hati..

So, jadilah profesional kan :) ok..ape pendapat korang pulak?

Wednesday, April 20, 2011

hari ini 20 April 2011 :-)

Posted by Hadilah at 11:45 PM 2 comments
4 tahun dah..
terima kasih. :-)
terima kasih
sangat-sangat
dengan semua
 kenangan selama
 4tahun ni..
TERIMA KASIH. :)
hanya ALLAH S.W.T
sahaja yang mampu balas
semuanya. :)
" TERIMA KASIH "


Thursday, April 14, 2011

♡♡[SURAT CINTA UNTUK CALON SUAMIKU]♡♡

Posted by Hadilah at 1:47 AM 10 comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum warahmatullah Hiwabarakhatuh..

♥ Dear Calon Suamiku, 


Apa khabar imanmu hari ini? Sudahkah harimu ini diawali dengan rasa syukur,kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini. Sudahkah air wudhu' menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang saat ini telah kau genggam?


♥ Wahai Calon Suamiku


Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dasyatnya?
Di sini aku ditempa untuk menjadi dewasa,agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan dan siap mendampingimu kelak. Miskipun kadang keluh dan putus asa menyergapi.Namun kini, ku rasakan diri ini lebih baik.


Kadang aku tertanya-tanya, kenapa Allah selalu mngujiku tepat di hatiku. Bahagian terapuh diriku. Namun kini aku tahu jawapannya. Allah tahu di mana tempat paling tepat agar aku senantiasa kembali mengingati-Nya. Ujian demi ujian Insya-Allah membuatku menjadi lebih tangguh, sehingga saat kelak kita bertemu, kau bangga telah memilikiku di hatimu.


♥ Calon Suamiku, 


Entah di mana engkau sekarang. Tapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin Dia kini tengah melatihmu menjadi mujahid yang tangguh hingga aku pun bangga memilikimu kelak. Apa yang kuharapkan darimu adalah kesalihan. Semoga sama halnya dengan dirimu. Kerana apabila kecantikan yang kau harapkan dariku, hanyalah kesia-siaan yang akan kau dapati.


Aku masih haus dengan ilmu. Namun berbekal ilmu yang ada saat ini, aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah dan darimu suamiku.


♥ Wahai Calon Suamiku, 


Saat aku masih menjadi asuhan ayah dan bundaku, tidak lain doaku agar aku menjadi anak yang solehah agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat. Namun nanti setelah menjadi isterimu, aku berharap dapat menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga cukup aku menjadi bidadarimu, mendampingi dirimu yang soleh. Aku ini pencemburu berat. Tapi kalau Allah dan RasulAllah lebih kau cintai lebih dariku,aku rela.Aku harap begitu pula dirimu. Aku yakin kaulah yang kubutuhkan meskipun kau bukanlah orang yang aku harapkan.


♥ Calon Suamiku Yang Dirahmati Allah, 


Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita, takkan ku namai gubuk itu dengan gubuk derita. Kerana itulah markas dakwah kita, dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih.. Ketika kelak telah lahir generasi penerus dakwah islam dari pernikahan kita, Bantu aku untuk bersama mendidiknya dengan harta yang halal, ilmu yang bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah Taala.


Bunga akan indah pada waktunya. Iaitu ketika bermekaran menghiasi taman. Maka kini, tengah kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya., bersiap menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku. Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meskipun bukan umat yang terbaik, tetapi setidaknya menjadi yang terbaik di sisimu kelak.


♥ Calon Suamiku, 


Inilah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata. Seperti kata orang tidak semua yang kurasakan dapat kuungkapkan dengan kata-kata. Itulah kini yang telah kuhadapi. Kelak saat kita telah bersama, maka di situlah kau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu.


Bersabarlah calon suamiku,..Doaku selalu agar Allah memudahkan jalanmu tuk menjemputku sebagai bidadarimu...Semoga Allah selalu menjagamu agar tak tersentuh bukan mahrammu, meski hanya seujung kuku. Agar kau bisa mempersembahkan dirimu seutuhnya untukku. Seperti halnya aku, Yang ingin mempersembahkan diriku seutuhnya hanya untukmu.


Sudah Dulu Ya Calon Suamiku,
Salam Cintaku Untukmu..
Waalaikumussalamwarahmatullahhiwabarakatuh.


Calon Isterimu:
Norhadilah Bt Hadzir.


"Ceewaahhh! hamboii si hadilah bukan main lagi kan?? hehehe! hmmm...haruslah! :D takpe kan? kan? kawan aku pun 22 da kawen..tak kan aku tak boleh lagi pikir pasal ni..kang andartu kang..huhu..Nauzubillah Min Zalikh..Hmm...credit pada siapa yang buat video ni..and surat cinta ni..aku suka sangat!! memang mendalam sangat kat hati..buat aku kuat!heh! yeke..? lalalala~ yelaa...buat diri tak lupa asal usul cinta suci yang sebenarnya..."JODOH DARI ALLAH" lah.. :) Insyaallah..huhu..sentiasa berpegang pada ayat suci ni..Hope tak penah lupa nanti..bila kecewa or wut ever..

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laik-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dari tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka itu ampunan dan rezeki yang mulia." [AN-NUR:26]




OK..inilah videonya..korang leh tengok sendiri..siap ada lagu..lagi feel! :) huhu. Really love it! Semoga dapat memperbaiki diri lepas ni..even sikit..kadang-kadang jeles sangat tengok orang couple-couple tunjuk2 kat facebook! siyes!hahaha...tapi..tak apalah.kadang-kadang meluat gak melampau-lampau gambar dorang macam dah kawen..biasalah tu kan..hmmm..apelah hadilah! Mak tahu nanti habis..Mak aku memang tak galak aku couple..huhu..ok..dengar cakap..tapi senyap-senyap tu??hehe! jeng..jeng ..jeng..! nak exam..kerjaan manyak! sempat lagi aku tulis surat cinta!! hahaha!..da la.. papai!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♡"keep.your.secret."♡ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal