Friday, March 18, 2011

Pakai jilbab yang labuh tu macam orang tua la..HODOH!!

Posted by Hadilah at 12:25 AM
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

Sesungguhnya aku berlindung kepada Mu Tuhan dari syaitan yang direjam. Terkilan..teringat sampai harini..Aku bukan sesiapa nak berkata pada sesiapa...kalau da jadi sesiapa nanti..kalau cakap kasi seliper mungkin boleh melekat kat muka.. weeekkss! Jilbab?tau tak jilbab tu apa? tudung la..yang pakai kat kepala tu haa..macam-macam dah trend sekarang..kadang-kadang tengok dah macam bungkus pocong pun ada jugak.. ( tak dinafikan,aku pun suka ikut trend tapi tengok jugakla yang mana..hehe!). macam mana pon style tudung or jenisnya sekarang aku tetap suka tudung bawal...sebab sedap bawal tu buat masak kicap. (damn! ;-p) so,kalau sesiapa tu yang nak bagi aku hadiah tu..bagi la tudung bawal..bawal no 1 tau! kekekeke..


OK..sudahla tu..nak kongsi satu pengalaman yang aku lalui...yang mungkin bermakna atau tak atau biasa-biasa buat korang terpulanglah.. (pokok dek kau!) Al-kisah,suatu hari...seorang anak menemani si ibu membeli-belah barangan keperluan di suatu tempat..yang bernama tettttt!! (huh,aku la tu)..yela..maklomlah orang perempuan yang da jadi suri rumah tangga ni haa kena la gi beli barang-barang dapur kan..best jugak jalan dengan mak..nak ape je amek..mak bayar...( hehe!mak siap-siap tulis dalam buku lima kita tak tahu kan?) jalan punya jalan,jalan lagi..macam-macam dah ambil...maka,pergila bayar..huh! ok,..jalan lagi..jalan lagi..tengok-tengok..tengok sana.tengok sini..cuci mata sana..cuci mata sini..heh! wahh!! cantiklah! jom mak,adik nak tengok situ (maka,berkatalah aku kepada emak).

Dan meneruskan langkah kakiku kekok itu."Mak,cantiklah tudung ni,adik MACAM nak lah..boleh?" hehe! kalau aku dah kata macam tu..memang nak lah.. ;-p (biasalah mengayat dulu) "Boleh dik...satu kedai pun nak amek ,amek je" hahahah! yer...yer..tau dah tu..lalu,lantas...apetah.. aku pilih la yang mana aku berkenan..try test cuba kat kedai tu..macam best lak tudung ni...senang lah aku nak pakai nanti..Encik penjual pun datang kat aku. "yer adik,nak yang mana satu?pilih..semua sesuai kat muka adik..cantik" (eleh!nak suruh orang beli ada jela kan..pandai la ayat aku!hih! ;-p) "ermm.tulahkan .sesuai kan?ni yang nak beli ni haa..jap pilih" (muka poyo sikit la aku pilih..berjam-jam kalau bab memilih ni) "encik penjual,takde ke yang labuh sikit..pendek sangat ni haa ape pulak rupanya" , "ada.." encik penjual pun hulur la yang lain kat aku..aku try yest lagi..yang kali ni ok la dari tadi..labuh sikit. then,aku request lagi "encik penjual,ada tak yang labuh lagi sikit dari yang ni"
Maka,dijawabnya dengan rasa bangga:

"tak ada jual lah..ada yang ini je..ok lah ni..cantik..sesuai dengan awak"


"ye,saya tau tapi nak yang labuh dari ni la sikit"


"ala..ramai je yang pakai paras yang macam ni sekarang,ok je"


"yer,saya tau tu..tapi saya taknak..alahai..tak kan tak ada kot"


"tak payah la nak cari yang labuh-labuh buat apa?tak cantikla..macam orang tua je"

muahahaha! giler sedih dengar "LELAKI ISLAM" cakap macam tu kat perempuan seagama dengan dia..ohh!! come on lah AR-RIJAL!! tiba-tiba macam aku naik hangin kat situ..even,aku ni bukan la jenis yang pakai tudung labuh-labuh tuh..tapi aku pon hormat orang yang pakai tudung labuh and aku jaga lagi kat paras mana tudung aku tuh..hope so..(tak tahu la pulak yang free hair amacam an?)geram..

"owh,yeke bro??pakai tudung labuh tu tak cantik?hodoh ea?? saya pon takde lah pakai labuh mana pun tapi awak tahu kan dalam islam tu kat mana paras tudung wanita tu sepatutnya?tak salah kan kalau saya nak pakai dan beli dengan kehendak saya?"


"yela..saya tau..kalau nak diikotkan islam ni memang banyak pantang larangnya"


"soo..what??"


"kalau saya jual yang labuh-labuh tak ada orang nak beli"


"tu sebabla kedai awak ni tak laku"

huh! aku terus blaa...nyampah pulak dengan encik penjual tu.bukan la aku ni nak jadi ustazah pun kat situ nak bagi ceramah ke ape ke..tapi hormat la sikit dengan customer ke..hak pelanggan ke hape ke..blaaa...blaaa...blaaa..encik penjual tuh pon macam tak puas hati dengan aku..lantak kaulah..aku tau kalau aku terlepas sesuatu tu..mesti kat depan tu ada yang lebih bagus dan baik! ooooyeehhhh!! betol dan tepat sekali..aku jumpa shawl yang aku suka...ape lagi...beli! ok..puas hati.. =) lagi cantik dari tudung tadi..yeayy!! yeayyy!! thanks mak! love u so much! nanti adik belanja mak pulak.. (huhuhu...tak sabar nak ada duit sendiri banyak-banyak).Renungan buat sesama jenis..HAWA: "harap kita sama-sama perbaiki"


Tudung telah diWAJIBkan oleh Allah dalam firmanNya yang amat jelas: 
“…Dan hendaklah mereka (wanita beriman) menutup kain tudung mereka ke paras dada…” [TMQ an-Nur:31]

Aku tak sesempurna mana pun..tapi aku sedar dan terus berusaha untuk perbaiki diri jadi yang sempurna. Hopefully, istiqamah dengan apa yang aku buat selama ni..yela..kadang-kadang kita tak boleh nak judge orang tu luaran nya..tapi kalau dan baju macam tak cukup kain dan tersembul sana sini siapa lah tak panggil bohsia kan..sia-sia je! Subhanallah..nauzubillah min zalikh..Moga Allah lindungi aku selalu..boleh je kalau nak pakai tudung labuh-labuh tu..pernah jer pakai dulu..masa sekolah...siyes! rindu saat-saat kat sekolah tu..masa form 1 mula-mula masuk tudung terlebih labuh..angin terbang sampai ada budak panggil layang-layang!hahha..siapalah tu kan...biarla di mata manusia nampak hodoh tapi di mata ALLAH, Dia sahaja yang tahu..siapa cakap tak cantik bertudung labuh..cantik tau! meh sini tengok....






INSYAALLAH.

6 comments on "Pakai jilbab yang labuh tu macam orang tua la..HODOH!!"

Anonymous said...

waa.. brani.. adore u..

Fazli on March 18, 2011 at 8:39 AM said...

lelaki tu tak leh buat kawin. bahaya. bini nak pakai tudung labuh tak leh agaknya. macam orang tua dia kata nnt.

Hadilah on March 19, 2011 at 1:06 AM said...

aisha: brni sbb btol kn..huhu

Hadilah on March 19, 2011 at 1:08 AM said...

fazli: tu laa...bukn seng nk cri llki yg mmbmbing skg..mghncurkn je ramai...nk pmpn perfect tp rosakkn pmpn len..ade plak nk pmpn perfect diri sndri pon cam hmpeh..wutever..

nurul amalin zulkifli said...

Ya Allah, saya amat mengagumi anda. Sungguh, saya sangat gembira dan mengharapkan kaum hawa sedar dari dunia yang sementara ini. Kadang2 sedih bila tengok kaum hawa yang sama seperti kita, Islam, telah mulai lupa pada ajaran agama Islam. Sungguh, saya rasa sangat cemburu apabila melihat orang bertudung labuh, memakai baju labuh dan berjubah, dengan sarung lengan dan sarung kaki bertutup, Ya Allah mereka sangat cantik. Saya yang dulunya teringin sangat belajar di kolej agama kini berada di suatu tempat lain mengambil bidang kejururawatan. Rasa sedih kerana sejak dulu lagi saya teringin belajar di kolej islam dan belajar menjadi orang lebih baik dari sekarang. Impian itu telah ditetapkan sejak sekolah lagi. Saya rasakan sesiapa sahaja yang menutup aurat itu sebagai perempuan yang cantik dan sangat berharga. Saya sebagai kaum hawa, rasa bertuah membaca blog ini. Harapan agar masih ramai yang sedar bahawa kita di dunia ini tidak akan kekal selama-lamanya, suatu hari nanti kita pasti akan menghadap ilahi, kerana yang kaya dan besar tetap Allahuakbar!

Hadilah on October 6, 2011 at 11:09 PM said...

Nurul amalin : sy harap sy dpt jadi anak dan isteri solehah.doakn.sy pon xsempurna...biase..tp still cube utk berubah..kdg2...xsmstinye paras luaran tu dulu kn kite ubh..kdg2 org yg tutop full tu pon bukn baik sgt..Nauzubillah...sy xtau ape yg sy ckp,tp sy ade je pengalaman pe yg sy ckp ni..org zmn skg byk bermuka-muka..xpela,kite yg still igt ni try brubh kn..hrp Allah bg hidayah sepenuhnye..mulakan dari hati,niat dan melgkah sdikit..lme2..msti jdi...InsyaAllah... :) semoga ALLAH SWT lindungi kite dari rase ptus asa..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♡"keep.your.secret."♡ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal