Monday, November 15, 2010

9 RAHSIA PERSAHABATAN KEKAL SEPANJANG HAYAT

Posted by Hadilah at 10:36 PM 0 comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
Dalam menjalinkan hubungan persahabatan memang sukar untuk menjaga hati dan perasaan seseorang sahabat. Kadang-kala apa yang dilakukan ada sahaja yang tidak kena dan kemudian timbul cakap-cakap belakang menyatakan rasa tidak puas hati. Namun kita harus sedar sebagai insan biasa kita tidak sempurna. Oleh itu, sikap saling hormat-menghormati, berterus-terang dan saling percaya penting dalam menjaga hati seseorang sahabat. Semak beberapa tips di bawah bagaimana cara untuk kita menjaga hati seseorang sahabat:


JANGAN LEMPAR PENGHINAAN
Jangan sesekali merendahkan, mengejek dan menghina sahabat dalam bentuk apa pun, baik tentang keperibadian, bentuk fizikal, keadaan sosial dan sebagainya. Elakkan bersikap demikian kerana tidak ada masalah yang selesai dengan penghinaan dan mencela, bahkan yang ada nanti hanyalah perasaan sakit hati serta rasa dendam antara satu sama lain.

JANGAN CAMPUR URUSAN PERIBADI
Jangan dan jika boleh cuba elakkan mencampuri urusan peribadi sahabat yang tidak ada manfaatnya jika kita terlibat. Seperti yang kita maklum, setiap individu mempunyai urusan dan masalah peribadi yang kadang-kala tidak boleh diceritakan walaupun dengan sahabat sendiri. Ia adalah sesuatu yang sangat sensitif dan jika tersalah cakap boleh menimbulkan kemarahan sahabat.

JANGAN MENYAMPUK APABILA BERCAKAP
Sungguh tidak sopan apabila kita bercakap kemudian tiba-tiba dipotong dan disangkal. Latihlah diri kita untuk bersabar dalam mendengar dan mencelah perbuatan dengan cara terbaik dan pada waktu yang tepat dan sesuai.

JANGAN BUAT PERBANDINGAN
Jangan sesekali membandingkan jasa, kebaikan, penampilan, harta, kedudukan seseorang sehingga sahabat yang mendengarnya merasa dirinya tidak berharga, rendah diri atau merasa terhina.

JANGAN MEMBELA MUSUHNYA, MENCACI KAWANNYA
Setiap orang memiliki sahabat yang disukainya dan dibenci. Membela musuh boleh dianggap menyokong musuhnya itu, begitu juga jika kita mencaci sahabtnya bererti kita memusuhi dirinya. Bersikap neutral jika kita inginkan kebaikan daripada semua pihak. Apa yang penting kita perlu meramaikan kawan bukan memperbanyakkan musuh.

JANGAN ROSAKKAN KEBAHAGIAANNYA
Apabila sahabat kita sedang bersuka cita, bergembira dan berbahagia, janganlah melakukan tindakan yang boleh merosakkan kebahagiaannya itu. Sebagai contoh, ada seseorang yang berasa gembira dan teruja kerana menerima hadiah dari luar negara, padahal kita tahu bahawa barang tersebut buatan tempatan dan mungkin ada dijual di pasar raya. Maka kita tidak perlulah menyampaikan perkara tersebut kepadanya.Biarlah dia gembira dengan hadiah yang diterimanya itu.

JANGAN UNGKIT KISAH LALU
Ingatlah setiap orang memiliki rahsia dan kesilapan yang tidak mahu diceritakan kepada orang lain, begitu juga dengan diri kita sendiri. Oleh itu, jangan lah cuba untuk mngungkit dan menceritakannya kepada orang lain. Takut ia akan menyakiti hati sahabat dan menjejaskan ikatan persahabatan hanya kerana telah membongkarkan kekurangan yang dimilikinya.

KAWAL KEMARAHAN DENGAN BAIK
Apabila kamu marah, maka berhati-hatilah kerana kemarahan yang tak terkawal boleh mempengaruhi tingkah laku dan percakapan. Jika kemarahan tidak dikawal dengan baik, takut akan melukai hati sahabat seterusnya menghancurkan hubungan baik dengannya. Kawal amarah dengan sebaik mungkin dan jika ia tetap terjadi, lontarkanlah kata-kata yang tidak mungkin melukai hati sahabat. Cuba redakan kemarahan dalam masa yang singkat dan pohonlah kemaafan dan seandainya kata-kata yang diluahkan itu dirasakan keterlaluan.

JANGAN KETAWAKAN SAHABAT
Jangan mentertawakan sahabat kerana kekurangan yang dimilikinya. Ini termasuklah kekurangan daripada segi penampilan, rupa, bentuk badan, dan sebagainya. Ingatlah ketawa yang berlebihan dan tidak kena pada tempatnya akan mengundang rasa sakit hati sahabat.

:. JANGAN , JANGAN DAN JANGAN...haiihh...berapa kali nak ulang kan..apa-apa pun sama-samalah kita kongsi tips persahabatan ni..dikesempatan ini pun aku nak mintak maaf sangat-sangat kat semua yang bergelar sahabat mahupun kawan aku, if selama ini ada menyakitkan hati..maafkan aku yer..(macam raya lah pulak!hahaha!)MAAFKAN aku walaupun kita tak sempat bersua-muka...hope cara ni dapat melapangkan dada,bagi kebahagiaan kat kita semua.. (macam makan dalam plak aku kan..ooopsss!!hehe)oh yer...korang tuh taknak minta maaf kat aku ke?hihi..takut?malu?or tak tahu or buat-buat tak tahu??kweng3x...jangan risau... AKU MAAFKAN DAH..LAMA DAH..masing-masing ada haluan sendiri kan..teruskan dan berbahagialah..hehe..^_^ memaafkan kesalahan orang lain dan berharap turut dimaafkan.kerana perjalanan ke syurga kelak tak ada penghalang...pernah tak dengar kisah seorang hamba yang melangkah ke syurga tapi,time nak masuk tu tak dapat...stop depan pintu syurga..rupa-rupanya ada orang lain tak maafkan dia...huhu...nauzubillah min zalikh... sesiapapun tak nak jadi macam tu..huhu..owh yer...tips ni aku dapat dari majalah Dara.com..sharing is caring kan? ^_^ LOVE YOU ALL..daaa~

Sunday, November 7, 2010

^_^ saya SUKA jadi CIKGU ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Posted by Hadilah at 10:43 PM 6 comments
Awalan...mulakan segalanya dengan:



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum..hye..hye...hye..! lama dah tak ada new post..kali ni nak tulis pasal cikgu plak lah... :-) "saya suka jadi cikgu" ..ya..aku suka sangat jadi cikgu..tak tau lah kenapa.. ^_^ ngee~ by the way..ada lah dalam 2 bulan pengalaman mengajar as cikgu ganti..ok lah tu...dapat gak merasa jadi cikgu kan...maybe nak sangat merasa.. (omang aiii...sekali dapat,amek ko..rasakan) ALLAH mendengar setiap keinginan hati rite...Dia akan beri apa yang kita perlu.. Alkisahnya...sekolah pertama yang aku mengajar dan dipanggil "cikgu" (actually 'kakak' diorang nak panggil pun tak apa..'mak su'?ok gak...hehe...anak buah aku yang 1st pun form 3 now ni) adalah S.K.S.K.. Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah (F), Gemas..Negeri Sembilan (complete!hehe) paling tak lupa..semeja dengan bekas cikgu aku...cikgu KH aku masa darjah 3,4.(haaa..cikgu..kito semejolah..haha) best...pagi-pagi dah kena lah bangun kan..(macam gi sekolah la katakan) hihi.. Dan,dan bertambah best lagi time aku mengajar tu kena plak dengan bulan sambutan hari guru..waaa...memang merasa habes laa...terasa macam betol-betol lak jadi cikgunya.. "terharu kakak" huhu~ ^_^. Dah..jom tengok gambar lah ye..






: cikgu dan murid-murid..haha..akak and adik jer ni..
relax-relax..berebut nak amek gambar sama-sama ye..




: aihhh...anak murid aku ni..haha..lain plak keje ea.




: haa..ni ngan cikgu azril..sempoi..haha..belakang tu
GPK koko..cikgu mazelan.. ^_^



: ok..ini dia barisan guru-guru dan staff yang involved time
gotong-royong.. ^_^




: ok..ini pulak senaman pagi-pagi..menari beb! haha




: sporting gak aku ni kan..haha



: aktiviti padang..huh...lame tak sukaneka ni..



: go hadilah go! hehe...shoooooott! focus beb!



: with cikgu-cikgu..and guru besar sekali..hehe



: anak-anak murid buat persembahan ni...^_^
laaaayaaaaann~




: yeaaayyyy!!!! cikgu dapat hadiah!
hahaha...jangan jeles ye..haha..lawak je an..



heppp pening!! ^_^ ..kesabaran tu penting kalau nak jadi cikgu ni...macam-macam kerenah kena face...sobarr! ada gak lah aku "ter" rotan coz degil sangat..dah termanjakan naik lemak plak mereka...( haaa...aku garang tau!haha)..best...kenangan..macam-macam..betollah...pengalaman itu mendewasakan..dan yang pasti aku dapat rasa macam mana yang cikgu-cikgu aku dulu didik aku..hebat seorang guru ni..mampu kawal dan mendidik..masa hari guru tuh..ada gak anak-anak murid yang bagi aku hadiah.."terharu sangat" sebab dorang tulis " CIKGU,SAYA SAYANG CIKGU..TERIMA KASIH CIKGU" yaa! ucapan keramat yang aku sendiri dah rasai...dan memang ternyata hadiah tu tak penting...tapi dengan ucapan tu memang bermakna.. :-)


ada pulak tulis macam ni : kepada :- (nama dia) , daripada: (cikgu dila).. hukhukhuk...tengok betol-betol...budak kelas mana ni...kelas tahun 3?? hahhh...akulah cikgu B.MELAYU diorang...walllaaawehh..hahahaha... (tak dapek den nak nolong do)..hmm...rindu pulak dengan mereka..kejap sangat masa tu berlalu..credit to Cikgu Amy sebab banyak bagi tunjuk ajar and masa first daftar tu kenal dengan kak amy dulu..(thanks a lot sis! ^_^ ) excited pulak kan...aku minat kot tu yang excited sangat ni...maybe orang lain tak heran sangat pon kan..haha...hmmm...baru isi borang G.S.T.T.. and submit...doakan aku dapat tau jadi guru sandaran plak...amin! ok.lahhh...ngantuk dah! nak tido...penat picnic kat PD tak hilang lagi..OOOpSSSsss!! hehe...nak tau?nantilaahh... ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♡"keep.your.secret."♡ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal